Skip to main content

Bersatu realisasi Malaysia maju


Najib Tun Razak mendengar soalan yang dikemukakan oleh Ahmad A.Talib dalam program Soal Jawab di Seri Pentas TV3, malam tadi. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Perdana Menteri mengakui hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju akan terbantut dan boleh dipintas oleh negara jiran lain jika semua pihak tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, senario dunia hari ini berbeza berbanding semasa Wawasan 2020 dilancarkan dahulu dengan pertumbuhan ekonomi dunia pada masa itu amat memberangsangkan.

Bagaimanapun menurut beliau, situasi dunia sudah jauh berubah dengan pelbagai krisis ekonomi yang langsung tidak terduga seperti krisis Asia 1997 dan global pada tahun lalu yang menyebabkan kadar pertumbuhan majoriti negara menjunam dan menguncup dengan ketara.

“Keadaan itu menyebabkan semua negara terpaksa menunggu beberapa tahun untuk kembali pulih semula sekali gus agak ketinggalan daripada sasaran asal bagi mencapai taraf negara maju.

“Persaingan kini juga amat mencabar, jika dulu China berkiblat sepenuhnya pada dasar komunisme, India dan Vietnam juga tidak mengamalkan dasar terbukanya, tetapi kini semua negara tersebut telah berubah ke arah lebih baik secara drastik.

“Malaysia kini berada di tengah lautan perubahan yang begitu hebat, kalau kita tidak bersungguh-sungguh, negara boleh dipintas,” katanya dalam program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung di TV3 di sini malam ini.

Program itu dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib.

Sehubungan itu, tambah Perdana Menteri, untuk memastikan negara tidak ketinggalan, pelbagai program transformasi akan dilakukan kerajaan secara konsisten dari semasa ke semasa.

“Terdapat empat perkara penting yang menjadi agenda negara pada masa ini iaitu penekanan terhadap falsafah pentadbiran negara, konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, metodologi atau pelaksanaan 1Malaysia ialah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Indeks Prestasi Utama (KPI).

“Selepas NKRA dan KPI ialah pengenalan dasar model ekonomi baru yang kini dalam proses penggubalan, sebelum diikuti nanti oleh pelancaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),” katanya.

Pada wawancara itu juga, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai matlamat utama pelaksanaan program transformasi kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) ialah hasil terbaik yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

Kata beliau, untuk tahun ini kerajaan menekankan kepada soal kepantasan dan ketepatan dalam membuat keputusan tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan terbaik yang diberikan kepada rakyat, selaras dengan dasar Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

“Kualiti inilah yang akan dijadikan kayu ukur pencapaian kerajaan kerana rakyat memang berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik.

“Saya yakin matlamat ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya kita tidak cabar diri untuk melakukan yang terbaik. Dalam perkara ini kita perlu letakkan kualiti perkhidmatan kerajaan setaraf dengan negara maju dan terbaik, saya mahu terbaik di kalangan terbaik bukannya terbaik dikalangan yang terendah,” tegasnya.

Tambah Najib, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga turut digalakkan untuk membantu kerajaan mencapai NKRA dengan melibatkan diri dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pada masa ini, katanya, terdapat banyak GLC yang melibatkan diri dalam CSR seperti pelaksanaan program latihan kepada graduan menganggur dan membaik pulih rumah penduduk kampung miskin.

Ketika ditanya mengenai kesediaan pegawai dan kakitangan kerajaan menjayakan dasar kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, Najib berkata, beliau yakin mereka mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang dan motivasi yang secukupnya.

“Saya telah saksikan sendiri komitmen luar biasa pegawai kerajaan semasa sesi percambahan idea makmal NKRA sehingga sesi itu berlarutan kepada awal pagi, saya juga kagum dengan peningkatan kualiti perkhidmatan dalam pengeluaran pasport antarabangsa daripada seminggu sebelum ini kepada hanya satu jam sahaja, dulu kita tidak terfikir pun.

“Klinik 1Malaysia juga saya kemukakan perkara ini semasa Bajet 2010 Oktober tahun lalu dan kini Alhamdulillah sebanyak 44 buah klinik telah beroperasi, maknanya kita boleh melakukannya jika ada fokus dan motivasi, jika beri rangsangan yang sepatutnya tiada sebab mereka tidak boleh tunjukkan pencapaian luar biasa,” katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T