SHAH ALAM 16 Jan. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang membuat tuduhan tidak berasas apabila mengaitkan jabatan itu dengan sebarang agenda atau parti politik tertentu.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, Ahli Parlimen Shah Alam itu seharusnya faham bahawa keputusan tersebut dibuat berasaskan penyelidikan dan kajian oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Malah, katanya, larangan pengunaan kalimah tersebut telah pun termaktub dalam enakmen agama Islam negeri yang sewajarnya dipatuhi oleh semua pihak termasuk Khalid sendiri.
''Saya tak faham kenapa beliau mengaitkan JAIS, MAIS dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan agenda politik sedangkan tindakan kita berasaskan fakta yang jelas iaitu al-Quran, sunnah serta pandangan para ulama.
''Larangan ini telah difatwakan dalam undang-undang agama Islam negeri.
''Soalnya, siapa yang sebenarnya cuba mempolitikkan perkara ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau harus faham perkara ini dan tidak membuat tuduhan yang melulu sedangkan beliau sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada rakyat," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Khalid yang membuat pelbagai tuduhan terhadap jabatan berkenaan yang didakwanya bermotifkan politik.
Tambah Muhammed Khusrin, JAIS telah menjalankan program penerangan kepada umat Islam mengenai larangan tersebut yang berasaskan fakta dan dalil yang kukuh, bukannya hanya berdasarkan fakta kamus, istilah atau sejarah seperti yang didakwa Khalid.
''Penerangan ini telah kita buat di seluruh daerah di Selangor melalui ceramah, seminar termasuklah khutbah Jumaat di seluruh masjid. Saya percaya semua orang tahu mengenai penerangan ini,'' katanya.
Sementara itu, Khalid terus secara terang-terangan mengkritik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang kalimah Allah digunakan orang bukan Islam.
Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kritikan kerana ia sebenarnya hanya bertujuan meminta penjelasan daripada MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kenapa larangan itu dilaksanakan.
''Saya tidak mempertikaikan, saya hanya mohon penjelasan. Puak-puak UMNO ini, dia tidak ada hujah untuk memberi penjelasan, jadi dia beri amaran keras dan ugutan.
''Kalau hendak kita akur kepada fatwa yang dikeluarkan, maka kemukakan dalilnya. Jangan sekadar beritahu fatwa sudah buat, maka kita kena dengar dan taat.
''Ini bukan budaya yang diajar oleh Islam kepada umatnya. Segala pegangan, kita kena yakin betul," katanya ketika menyampaikan ceramah umum isu-isu semasa di Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini malam tadi. - Utusan

Comments
Post a Comment