KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang bertanggung jawab dalam insiden cubaan membakar gereja, yang mengejutkan seluruh negara, akan dibawa ke muka pengadilan.
"Kejadian yang cuba memecah belah, dan lain-lain seperti ini, tidak mewakili Malaysia atau Islam. Mereka tidak mewakili keluarga kita, masyarakat kita, atau usaha yang sedang dilakukan ke arah mengukuhkan gagasan 1Malaysia," katanya dalam laman webnya 1Malaysia.
Sambil mengutuk insiden itu sekali lagi, Perdana Menteri berkata insiden keganasan yang digerakkan oleh perbezaan politik, sosial atau agama merupakan satu ancaman kepada kestabilan dan keharmonian negara.
"Siasatan ke atas perkara ini telahpun dilakukan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Rakyat Malaysia, katanya, terkejut dengan tindakan itu.
Beliau telah mengarahkan polis untuk mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar tempat ibadat termasuk gereja bagi memastikan insiden keganasan tidak berulang lagi.
"Kita tidak boleh membiarkan kejadian itu berulang lagi pada mana-mana tempat ibadat," katanya.
Najib berkata Malaysia berasa bangga kerana menghormati semua agama dan menggalakkan keamanan dan menggunakan saluran yang sah bagi menyelesaikan perbezaan.
"Kita menggalakkan rakyat kita supaya bertanggungjawab dalam menyuarakan pendapat mereka tetapi keganasan tidak pernah diterima sebagai satu kaedah bagi meluahkan perasaan," katanya.
Perdana Menteri berkata Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dengan sejarah kewujudan bersama keamanan di antara orang Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain.
"Ramai rakyat Malaysia mengamalkan ajaran Kristian dan melakukannya secara bebas. Kami tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan yang membahayakan atau mengancam rakyat kita," katanya. -- BERNAMA

Comments
Post a Comment