Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, January 18, 2010

Salahuddin sahkan 'cah keting'

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan amalan 'cah keting' atau cantas-mencantas berlaku di dalam parti itu.


Katanya, amalan 'cah keting' itu tidak dapat dielakkan kerana ahli-ahli Pas merupakan manusia biasa yang mempunyai kekurangan.

Beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai satu asam garam dunia politik yang berlaku dalam mana-mana parti sekalipun.

"Mengikut pengamatan dan pengalaman saya, ia berlaku mungkin dalam keadaan tertentu seperti perselisihan pendapat.

"Kesimpulannya, Pas adalah sebuah parti politik, ia dianggotai manusia biasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, amalan 'cah keting' itu tidak hanya berlaku dalam Pas Kelantan malah ia turut dikesan di negeri-negeri lain. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...