Skip to main content

Anwar didakwa hina Islam


Muhammad Zahid Md. Arip menunjukkan keratan akhbar The Sunday Age yang menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim menghina Islam di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dalam satu laporan berita dalam The Sunday Age, sebuah akhbar di Australia pada 6 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, dalam laporan itu Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menuduh Islam menindas kaum minoriti Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi.

Katanya, ia seperti tertulis di dalam perenggan kedua laporan berita berkenaan yang bertajuk 'Muslim digesa menerima golongan minoriti'.

"Saya cabar Anwar menamakan negara Islam mana yang mengamalkan penindasan terhadap golongan minoriti yang dimaksudkan. Adakah Malaysia, Brunei, Indonesia atau negara-negara Asia Barat seperti mana yang dilaporkan.

"Anwar perlu memberi jawapan dan dia tidak boleh berdolak-dalik dalam isu ini kerana kenyataannya terkandung dalam laporan berita The Sunday Age. Apakah motif Anwar berbuat demikian hanya dia sahaja yang tahu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar dalam The Sunday Age yang antara lain menyebut bagaimana Islam memperlakukan golongan minoriti secara keterlaluan, tiada persoalan.

Anwar dilaporkan berkata demikian ketika menghadiri program Parlimen Agama Dunia di Australia Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Zahid menyifatkan tindakan Anwar menuduh Islam menindas kaum minoriti sebagai bukti terhadap kesanggupan Penasihat PKR itu membelakangkan agama demi kelangsungan politiknya.

"Semua pihak harus sedar bahawa perbuatan ini dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin Barat. Mungkin tujuannya adalah untuk mencari pengaruh Barat demi masa depan politiknya.

"Walau apa jua alasan, perbuatan Anwar ini tidak boleh diterima. Sepatutnya sebagai seorang Islam, dia wajib mempertahankan kesucian Islam," katanya.

Muhammad Zahid berkata, perlakuan Anwar itu perlu ditentang habis-habisan kerana Islam tidak boleh dihina dan direndah-rendahkan sebegitu rupa.

"Rasulullah mengajar kita memberi layanan yang adil kepada semua pihak. Baginda telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana orang Yahudi dan bukan Islam di Madinah turut mendapat layanan yang saksama.

"Atas sebab ini saya cabar dia kemukakan negara Islam mana yang menindas kaum minoriti kerana setahu saya puak Yahudi yang selalu tindas orang Islam seperti di Palestin, bukan sebaliknya," katanya.

Mengenai kaum minoriti yang mahu dibela oleh Anwar, Muhammad Zahid turut mempersoalkan adakah ia termasuk golongan homoseksual.

"Golongan tersebut kini sedaya upaya mendapat hak dalam masyarakat arus perdana dan adakah ia juga merupakan golongan yang akan dibela oleh Anwar?" tambahnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...