Skip to main content

Cah Keting Bayangan Krisis Kepimpinan Kelantan?

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Isu "cah keting" atau cantas mencantas dalam PAS seperti mana diakui oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya membayangkan kepincangan dalam kepimpinan negeri itu, demikian menurut penganalisis politik.

Menurut mereka, beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini dilihat cuba menjejaskan kredibiliti Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

"Cah keting ini bukannya isu baru. Kemungkinan isu sebenar adalah krisis kepimpinan negeri itu, tentang siapa yang menggantikan Nik Aziz," kata pemerhati politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian kepada Bernama di sini hari ini.

Ketika suhu politik negara stabil, kancah politik Kelantan segar dengan isu-isu baru sejak November lepas bermula dengan isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang dituduh melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajuinya.

Ketua Pegawai Eksekutif PMBK itu menyerahkan notis perletakan jawatan pada 24 Dis lepas yang akan berkuatkuasa pada 23 Mac depan. Beliau melepaskan jawatan itu atas arahan Nik Aziz yang menerima nasihat daripada PAS Pusat berhubung isu terbabit selepas Abdul Ariffahmi disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isu tajaan haji Nik Aziz oleh sebuah syarikat turut dibangkitkan.

Sivamurugan menyifatkan usaha menjejaskan kredibiliti tokoh PAS itu ada hubung kait dengan wujudnya "puak" dalam PAS selepas dua dekad Kelantan ditadbir parti itu sejak 1990.

"Kelihatan seperti ada puak-puak dalam PAS yang menyokong tradisi dan menentang tradisi serta lebih liberal dan kerana itu ada usaha untuk mengeruhkan keadaan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan isu menantu dan tajaan haji itu merupakan tindakan pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan Nik Aziz dengan exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, yang menyifatkan Nik Aziz sebagai mentornya.

Husam dikaitkan dengan isu itu kerana kaitannya dengan bekas pegawai perhubungan awam PMBK Syed Azidi Syed Abdul Aziz, pemilik blog Kickdefella, yang bertanggungjawab mendedahkan isu itu kepada umum.

Terbaru, media melaporkan, Kickdefella mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit kerana membeli projek Kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Abdul Ariffahmi.

Isu terbaru ini menurut Sivamurugan akan memberi liabiliti kepada kerajaan negeri dan mungkin menjelaskan kenapa Nik Aziz menyelitkan dalam doanya minggu lepas supaya tuhan melindungi negeri itu daripada perbuatan cah keting atau cantas mencantas, sekaligus membenarkan berlakunya krisis dalaman parti.

Soal siapa menggantikan Nik Aziz sememangnya menjadi buah mulut di kalangan rakyat Kelantan sama ada tokoh penggantinya seorang ulama sepertimana Nik Aziz atau individu yang lebih liberal.

Bagi Prof Dr Ahmad Atory Hussein, kenyataan Nik Aziz mengenai "cah keting" itu tidak bermakna tokoh politik itu mahu mengalihkan perhatian daripada isu sebenar, sebaliknya menyatakan realiti semasa.

"Ini masalah pentadbiran, bukannya politik," kata pemerhati politik itu.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS termasuk timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa mengakui budaya "cah keting" menular di dalam parti itu kerana terdapat pihak yang tamak kuasa dan pengaruh.

Bagi Sivamurugan, cabaran sebenar PAS Kelantan adalah era pasca Nik Aziz, iaitu bagaimana untuk terus mempertahankan Kelantan. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T