KUALA LUMPUR: Polis akan bekerjasama dengan pakar forensik dan veterinar untuk membuat kajian termasuk menentukan spesies dan asal babi hutan yang kepalanya diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya dua hari lalu.
"Kita percaya ia sedikit sebanyak akan dapat membantu kita dalam menyiasat kes itu," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Katanya, polis sedang menyiasat kemungkinan ia diperoleh dari premis yang menghidangkan makanan haiwan eksotik.
"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat dari penjual-penjual makanan hutan dan eksotik di sekitar Lembah Klang dan membuat pemeriksaan ke premis-premis tersebut," katanya.
Muhammad Sabtu berkata, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan kerana maklumat yang diperoleh berhubung kes itu tidak kukuh.
"Kita telah mengadakan mesyuarat bersama polis Selangor bagi berbincang mengenai tindakan dan rancangan pada masa hadapan dan apa yang pasti kita tidak akan berdiam diri sehingga penjenayah dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Dalam kejadian selepas solat Subuh dua hari lalu, dua bungkusan mengandungi kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.
Muhammad Sabtu berkata, tiada kekecohan dilaporkan berlaku di kawasan terbabit dan polis juga sentiasa membuat kawalan dan rondaan bagi memastikan keadaan tenteram.
"Saya minta jangan keruhkan lagi keadaan dan jangan dengar apa jua perkara negatif," katanya.
Majlis Perundingan Persatuan Cina MCA hari ini mengecam perbuatan pihak yang melakukan perbuatan itu.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang juga pengerusi Biro Perundingan Persatuan Cina, berkata anggota majlis yang bermesyuarat bersama pemimpin persatuan Cina mengkritik individu yang bertindak melampau dalam isu agama dan menyeru semua pihak turut berbuat demikian.
"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan mencari sehingga ke peringkat akar umbi individu yang menjadi dalang di sebalik perbuatan yang tidak waras itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan dialog antara Majlis Perundingan Persatuan Cina MCA dan pemimpin Persatuan Cina-Malaysia di Wisma MCA di sini hari ini.
Dialog hampir tiga jam itu turut dihadiri presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat, pucuk pimpinan tertinggi MCA serta 20 persatuan Cina di Malaysia. - Berita Harian

Comments
Post a Comment