KUALA LUMPUR 29 Jan. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali tidak bertanggungjawab apabila menuduh ahli pergerakan itu terlibat dalam insiden membakar gereja di sekitar Lembah Klang.
Katanya, tuduhan Azmin itu jelas berniat jahat dengan mempunyai maksud tersirat kononnya UMNO adalah dalang insiden terbabit.
Justeru, beliau mencabar Azmin membuktikan dakwaan itu bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang bertanggungjawab dan benar-benar cintakan negara.
“Kenyataan itu mengundang rasa tidak puas hati ahli UMNO terutamanya Pergerakan Pemuda. Ia dibuat seolah-olah Pemuda menjadi dalang terhadap serangan tersebut sedangkan hakikatnya UMNO tidak terlibat.
“Jika ada rakyat Malaysia yang percaya dengan kata-katanya lalu mengambil keputusan membalas tindakan itu ke atas Pemuda UMNO, siapa yang harus dipersalahkan. Si pembakar gereja atau Azmin yang mereka-reka cerita?
“Kenyataan itu jelas sekali tidak bertanggungjawab dan beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan lima Ahli Kelab UMNO Korea Selatan di Pejabat Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara di Menara Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tuduhan terbuka Azmin yang mendakwa ahli UMNO menjadi dalang di sebalik serangan ke atas gereja di Desa Melawati.
Dalam tuduhan itu, Naib Presiden PKR berkenaan mendakwa mempunyai bukti yang cukup mengenai pembabitan empat suspek berkenaan dan akan mendedahkan semuanya dalam masa terdekat.
Sementara itu, Razali tidak menolak isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat terhadap beberapa isu yang sedang melingkari PKR.
“Dia ada macam-macam, mungkin kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin pemilihan PKR, mungkin mahu menutup apa berlaku di Indera Mahkota atau isu di Pulau Pinang. Kita tahu semuanya.
“Tetapi besar sangatkah PKR sampai isu sebegini dijadikan mainan politik? Ia boleh dikira sebagai memperjudikan keamanan negara. Kalau hendak berpolitik pun, pilihlah isu lain,” ujarnya.
Razali turut memberi jaminan yang beliau tidak akan bertolak ansur sekiranya mendapati terdapat agenda di kalangan ahli UMNO untuk membuat kekacauan di negara ini. - Utusan

Comments
Post a Comment