MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat yang akan mengadili tindak tanduk kerajaan Selangor berhubung isu tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di Serendah, Rawang sehingga menimbulkan kontroversi ketika ini.
"Ini soal rakyat yang mengadili sebenarnya. Jadi, saya serah kepada kepimpinan YBK Selangor untuk memberi penjelasan atau tindakan lain kepada rakyat mengenainya. Macamanapun akhirnya, perkara seperti ini akan diadili oleh rakyat...rakyat akan tentukan sikap mereka," katanya selepas menghadiri pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Melaka di Seri Bendara, Ayer Keroh, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemelut yang melanda YBK Selangor dengan kerajaan negeri berkenaan membabitkan sebidang tanah di Serendah, Rawang.
Kegagalan yayasan itu menjelaskan bayaran cukai tertunggak selama lapan tahun, menyebabkan projek pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di situ, terpaksa dibatalkan berikutan tidak dipersetujui kerajaan Selangor.
Kerajaan Melaka kemudian tampil membantu dengan menawarkan sebidang tanah di Semujuk, Merlimau bagi melaksanakan projek itu, selain turut membayar tunggakan cukai yayasan berkenaan sebanyak RM5.5 juta.
Namun semalam, kerajaan Selangor bertindak menolak bayaran yang dilunaskan menerusi Yayasan Melaka itu. - Berita Harian

Comments
Post a Comment