Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, February 5, 2010

Kecoh Ketika Gabungan Sedaq Mahu Serah Memorandum Kepada Guan Eng

PULAU PINANG, 5 Feb (Bernama) -- Suasana kecoh berlaku semasa sekumpulan wakil dari 30 badan bukan kerajaan Melayu "Gabungan Sedaq" yang diketuai Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini Jumaat.

Lim hanya mewakilkan Pegawai Khasnya untuk menerima memorandum tersebut.

Gabungan itu yang mahu berjumpa sendiri dengan Lim, bagaimanapun enggan menyerahkannya kepada pegawai berkenaan.

Gabungan itu kemudiannya bertindak membakar kertas memorandum itu dan patung yang menyerupai Lim di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), bangunan di mana terletaknya pejabat Ketua Menteri.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa kemudiannya memberitahu pemberita, perhimpunan yang disertai kira-kira 3,000 orang itu diadakan bagi membela nasib peniaga Melayu Pulau Pinang yang dikatakan telah ditindas oleh kerajaan negeri.

Gabungan Sedaq menggariskan 10 tuntutan dalam memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri menghentikan tindakan meroboh gerai peniaga Melayu.

Perhimpunan itu mengakibatkan kesesakan teruk di pusat bandar Georgetown, sebelum disuraikan oleh kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). -- BERNAMA

1 comment:

  1. dah mcm ni pun, masih ada golongan islam dan melayu sokong DAP. pembawa ideologi komunis dan terang2 menentang islam. jahat punya DAP.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...