Skip to main content

Mengakui kelemahan sifat mulia pemimpin

Oleh Zainul Arifin
zainul@nstp.com.my

Lim Guan Eng perlu ingat bukan semua kritikan bermotif politik

SEMAKIN hari, semakin banyak kritikan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Dia dan penyokongnya mengatakan semuanya durjana politik, serta juga kerja orang yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki.

Serangan politik daripada parti yang membangkang adalah kebiasaan di dalam politik. Namun, di Pulau Pinang yang banyak menyerang Lim kebelakangan ini adalah terdiri daripada mereka yang datang daripada parti atau gagasan politik yang memerintah. Anggota Barisan Nasional (BN), yang menjadi pembangkang negeri, tidak banyak bercakap sangat.

Beberapa anggota dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), di dalam dan di luar Pulau Pinang, secara terus terang mengkritik Lim. Ada juga yang datang daripada bekas anggota DAP.

Pada Jumaat lalu pula banyak ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menunjuk perasaan di bandar raya Georgetown menentang pentadbiran Lim. Antara perkara yang dibangkitkan ialah Lim adalah orang luar dan tidak memahami keadaan di Pulau Pinang.

"Inilah yang terjadi bila orang luar menjadi ketua menteri" tulisan pada satu sepanduk. 

Tindakan Lim juga dikatakan berat sebelah, selalunya memihak orang Cina. Contohnya dalam kes meruntuhkan gerai-gerai yang dibina tanpa kebenaran, kerajaan negeri dikatakan lebih cenderung untuk meranapkan gerai orang Melayu. Sama ada betul atau tidak, kita tidak tahu, tetapi gambaran yang diberikan begitulah.

Lim juga dikatakan seorang diktator. Agaknya jika Lim dan anggota parti DAP serta rakan-rakan gagasan pakatan pembangkang mampu memutar balik rakaman ucapan mereka yang dulu, mungkin juga terdengar kata-kata yang sama dilemparkan kepada pemimpin lawan.

Adalah terlalu mudah untuk penyokong Lim, DAP dan gagasan pembangkang untuk menyalahkan parti lawan ke atas apa yang berlaku sekarang.

Kata mereka, sudah tentulah yang membangkang Lim telah dibeli dengan jutaan ringgit serta ditawarkan jawatan yang besar-besar untuk mereka melompat parti.
Sudah tentu juga mereka didalangi oleh Umno, MCA, MIC, Gerakan dan yang lain-lain untuk merosakkan gagasan DAP, PKR dan Pas.

Apabila orang bercakap begini, kita patut bertanya adakah rakan kongsi mereka mudah sangat dibeli? Apakah semua orang tiada berprinsip kecuali mereka?

Namun, oleh kerana naluri yang mahu menyalahkan orang daripada mencari salah sendiri, maka penerangan itu digunakan. Memanglah semua orang jahat atau tidak betul, kecuali mereka. Kadang-kadang tidak perlu bukti, hanya lemparkan tuduhan, lama-kelamaan terpalit juga lumpur, tidak banyak, sedikit.

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka yang mengkritik Lim sebenarnya tidak menjiwai perjuangan gagasan DAP, PKR dan Pas. Mereka oportunis yang diketepikan parti mereka yang asal, dan kini belang sebenar mereka dapat dilihat.

Ada yang berkata apa yang terjadi ialah kerana orang Melayu di Pulau Pinang mengamalkan sifat perkauman dan tidak mahu orang Cina memimpin negeri? Bukankah sudah berpuluh-puluh tahun pentadbiran negeri di bawah pimpinan bukan Melayu.

Rasanya Lim dan gagasan DAP-PKR-Pas di Pulau Pinang perlulah mencari alasan lain, ataupun cuba menerima kritikan secara terbuka. Mereka tidak seharusnya secara automatik melabelkan apa saja kritikan sebagai kerja serangan musuh politik. Ada kemungkinan kritikan berasas.

Adakah tidak mungkin adanya kebenaran, walaupun seurat, di dalam kritikan-kritikan terhadap Lim? Apakah semuanya cemburu atau bermotif politik jika menegur? Adakah semua yang dilakukan oleh Lim dan rakan-rakan kongsinya betul dan baik-baik belaka? Adakah tiada yang teraniaya, walaupun dengan tidak sengaja, oleh tindakan pentadbiran Lim.

Tidak betul jika dikatakan sesetengah media digunakan untuk melagakan pemimpin pakatan mereka. Rasanya tidak kerana laman web yang sememangnya penyokong kuat Lim, DAP dan pakatan pembangkang juga melaporkan kritikan-kritikan terhadapnya.

Berita Harian dan New Straits Times kini tidak lagi dijemput ke acara Ketua Menteri. Dengar cerita satu stesen televisyen serta satu lagi akhbar juga diboikot. Malah jika pemberita akhbar dijemput, dia mungkin tidak hadir. Menurut pemberita di Pulau Pinang, Lim marahkan mereka kerana dituduh memutarbelitkan cerita.

Inikah yang dikatakan kebebasan media dan ketelusan yang diperjuangkan oleh partinya? Tidak ramai yang tahu bahawa pemberita beberapa laman web yang amat kritikal dan tidak pernah melaporkan apa-apa yang positif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dihalau jika muncul dalam acara yang dihadiri beliau. Malah soalan mereka, termasuk yang tidak manis, tetap dijawab.

Adalah salah bagi sesiapapun untuk mempersoalkan kedudukan Lim sebagai Ketua Menteri. Beliau dipilih melalui proses demokrasi yang sah dan tiada siapa boleh menidakkan pilihan rakyat Pulau Pinang.

Dengan kedudukan yang penting, tertumpulah perhatian umum sudah tentulah segala tindakannya akan diteliti. Dia perlu, seperti kebanyakan ahli politik lain, menebalkan kulit muka. Dia juga perlu lebih terbuka untuk menerima kritikan. Kata orang kalau takut ombak dan angin jangan berumah di tepi pantai.

Lim juga perlu ingat bukan semua kritikan bermotifkan politik, atau daripada orang yang cemburu, atau berkehendakkan kedudukan. Mungkin ada juga yang membina dan positif. Dia perlu menerima hakikat yang tiada kerajaan di dunia, ini termasuklah kerajaan pimpinannya sempurna, cukup sifat, dan mulia. Mengakui kelemahan dan menerima kritikan adalah sesuatu yang mulia. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T