Skip to main content

Menyelesai masalah agama secara harmoni

oleh Dr Chandra Muzafar


BEBERAPA kumpulan Islam dan bukan Islam menyuarakan sokongan mereka terhadap cadangan dikemukakan Yayasan 1Malaysia bagi mewujudkan sebuah Majlis Perundingan Nasional untuk mempertingkatkan keharmonian antara penganut agama yang diamalkan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berpendapat bahawa suatu mekanisme berkesan perlu diatur untuk menangani persoalan penting yang timbul berikutan interaksi antara penganut agama yang berbeza sifatnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga menyambut baik cadangan Yayasan 1Malaysia.

Namun, masih wujud tanda tanya mengenai Majlis Perundingan Nasional untuk keharmonian penganut agama yang perlu dijawab.

Pertama, apakah majlis ini akan menjejas kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara? Tidak sama sekali. Majlis yang dicadangkan ini akan berfungsi berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan Islam akan dilindungi, manakala hak penganut agama lain akan dipelihara seperti digariskan dalam perlembagaan kita.

Kedua, bagi pihak lain pula, apakah majlis ini perlu kerana Islam adalah Ad-Din yang syumul dan tidak harus diletak pada peringkat yang sama dengan agama lain? Islam memang syumul tetapi orang Islam sebagai manusia, banyak kelemahan dan kekurangan seperti juga dengan penganut agama lain.

Kerana kelemahan dan kekurangan inilah kita perlu berunding dan bermusyawarah untuk memperbaiki keadaan dan kedudukan masyarakat dan negara kita. Menginsafi realiti ini, banyak kumpulan Islam di seluruh dunia, malah pemerintahan Islam terbabit secara langsung dalam dialog antara penganut agama.
Sejak Julai 2008, Al-Malik Abdullah, Raja Arab Saudi, menganjurkan beberapa dialog antara agama. Dalam tempoh 12 tahun lalu, pemerintahan Republik Islam Iran juga merintis dialog antara agama dan peradaban.

Ketiga, apakah dialog antara penganut agama akan membawa kesan negatif terhadap identiti masyarakat Islam? Kita lupa bahawa dalam zaman kegemilangan Islam di Damsyik, Baghdad, Cordoba, Istanbul, Isfahan, malah di Melaka, pemimpin, pentadbir, ahli perniagaan, sarjana dan ulama Islam terus berinteraksi dengan golongan bukan Islam, dan pada masa sama, melindungi identiti dan integriti mereka sebagai orang Islam.

Seorang sarjana yang tinggi takwanya, Abu Rahyan Al-Biruni, (973-1050) mengkaji secara mendalam agama Hindu dalam karya agungnya, Kitab Al-Hind. Beliau tidak berasa identitinya sebagai orang Islam terancam kerana kajian beliau itu. Al-Biruni juga pernah menghasilkan penulisan mengenai tugu Buddha di Bamiyan yang terletak di Afghanistan moden.

Islamlah tamadun yang daripada saat wahyu diturunkan pada Nabi Muhammad SAW sehingga runtuhnya Empayar Uthmaniyyah pada awal kurun ke-20 yang paling banyak berinteraksi dengan agama lain, dan paling cemerlang rekodnya sebagai tamadun yang adil pada semua penganut agama lain.
Keempat, sesetengah pihak bimbang bahawa Majlis Perundingan yang dicadangkan itu akan menentukan perkara yang berhubungkait dengan akidah. Soal akidah di luar bidang skop majlis. Fokus utama majlis adalah keharmonian antara penganut agama.

Kelima, apakah majlis ini berbeza daripada idea sama yang pernah dilontarkan pada masa lampau? Saya pernah mengesyorkan Majlis Antara Agama pada 1979 yang menekankan nilai bersama yang didukung oleh penganut semua agama. Penekanan terhadap nilai-nilai bersama penting, seperti ditegaskan dalam persidangan antara agama yang dianjurkan oleh Raja Arab Saudi di Madrid pada Julai 2008.

Tetapi, idea majlis yang dikemukakan kali ini berbeza daripada apa yang dicadangkan pada 1979 kerana Majlis Perundingan akan dipimpin oleh Perdana Menteri, dan dianggotai beberapa menteri, selain daripada pemimpin parti pembangkang, wakil-wakil agama, akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perniagaan, pekerja, media dan sebagainya. Model yang boleh diguna pakai ialah Majlis Perundingan Negara (MPN) yang dibentuk pada 1969 selepas peristiwa 13 Mei.

MPN diketuai Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang menghasilkan Rukun Negara, matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB), pindaan pada Perlembagaan 1971, serta pendekatan baru kepada pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kali ini, tumpuan majlis yang dicadangkan itu hanya pada keharmonian antara penganut agama.

Keharmonian antara penganut agama adalah cabaran terdesak yang menghadapi masyarakat kita dewasa ini. Atas dua sebab, kita tidak dapat menghindarkan diri daripada cabaran ini. Pertama, kelas menengah dan kelas pekerja di kawasan bandar yang jauh lebih berbilang agama komposisinya, jika dibandingkan dengan situasi 20 tahun lalu, mewujudkan persekitaran baru di mana sesuatu kaum tertentu akan menyentuh sensitiviti kaum lain, secara sengaja atau tidak sengaja, dalam persoalan mengenai agama dan budaya.

Kedua, sejak dasawarsa lapan puluhan, penganut semua agama di negara kita jauh lebih sedar mengenai kedudukan agama masing-masing dan isu yang berkaitannya. Agama muncul sebagai ukuran identiti yang paling utama di negara kita.

Dari satu segi, ini adalah fenomena global yang berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya pembangunan yang tidak adil dan tidak seimbang, modenisasi yang mengetepikan asas kerohanian insan, jurang perbezaan yang melebar antara elit dan rakyat, dan penekanan yang lebih terhadap aspek luaran mengenai identiti agama.

Dalam konteks negara kita, persekitaran baru ini memaksa kita mewujudkan mekanisme yang membolehkan semua pihak membincang dan mencari penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan interaksi antara penganut agama secara waras dan rasional.

Majlis Perundingan yang dicadangkan oleh Yayasan 1Malaysia adalah mekanisme yang boleh memainkan peranan ini. Sekiranya, majlis ini wujud, mungkin Kementerian Dalam Negeri dan gereja Katolik dapat berbincang dan mencapai muafakat dalam perselisihan faham mengenai kalimah Allah, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Melalui pendekatan ini, kita dapat mengelakkan ketegangan agama dan peristiwa yang tidak diingini yang mencemarkan imej baik negara tercinta kita.

Berdasarkan hujah di atas, Yayasan 1Malaysia yakin dan percaya bahawa masanya sudah tiba untuk melaksanakan idea penubuhan Majlis Perundingan Nasional untuk keharmonian antara penganut agama demi kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Dr Chandra Muzaffar ialah Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia dan Profesor Pengajian Global, Universiti Sains Malaysia. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T