KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari beberapa rumah berhampiran dua masjid di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang terbabit dalam kejadian penemuan dua kepala babi hutan, dua minggu lalu.
Katanya, rakaman itu dipercayai boleh membantu siasatan polis berhubung kes terbabit, termasuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan, yang jika tidak ditangani segera boleh mencetuskan ketegangan hingga menggugat keselamatan rakyat dan negara ini.
“Ia perbuatan merbahaya kerana menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Hasil pemantauan mendapati beberapa rumah berhampiran kedua-dua masjid berkenaan dilengkapi CCTV.
“Kita sedang berhubung dengan pemilik rumah terbabit untuk mendapatkan rakaman pada hari kejadian bagi mengenal pasti individu atau pihak bertanggungjawab. Polis berharap rakaman itu dapat memberi maklumat atau petunjuk baru dalam siasatan kes itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan empat kepala babi hutan bersama sejumlah wang tunai di dua masjid di Jalan Klang Lama
di sini, pada 27 Januari lalu. - Berita Harian

Comments
Post a Comment