Skip to main content

'PKR tak mampu pertahan prinsip'

Tak serius tangani isu Zulkifli

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Zaid Ibrahim, menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang tidak mampu mempertahankan prinsip utama perjuangannya.

Beliau berkata, keputusan PKR yang ingin merujuk kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ke Lembaga Disiplin parti jelas membuktikan dakwaannya itu dan menyifatkan PKR tidak serius dalam menangani isu itu.


“Hairan juga keadaan ini, seolah-olah Zulkifli Nordin adalah seorang manusia yang tidak boleh disentuh oleh parti, entah mengapa ada keistimewaan itu. Sebab itulah Zulkifli menggelar sesiapa saja yang mengkritiknya sebagai ‘Firaun Kecil’ atau ‘Little Napoleon’.

“Sementara itu, Zulkifli Nordin setiap minit akan terus menghina pendirian Pakatan dalam TV Umno dan surat khabar Umno dan tidak akan peduli arahan parti, sama seperti yang sudah dia lakukan pada masa-masa yang lepas.

“Selepas hari ini, saya yakin PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangannya. PKR hari ini tak jauh bezanya dengan Umno, cuma ia hanya seperti acuan atau ‘a poor man’s version of’ Umno,” katanya dalam laman blognya. 

Semalam akhbar melaporkan, PKR mengeluarkan arahan terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu supaya tutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Ia ekoran perbuatan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang dikatakan menghina kesucian Islam berhubung satu artikel yang disiarkan sebuah laman web.

Zaid berkata, ada pihak amat takut untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli, walaupun jelas tindakannya yang mahu menghancurkan parti dari dalam kerana bimbang dengan persepsi bahawa orang Melayu dan Islam sayangkannya.

“Zulkifli bukan wira Islam, bukan wira Melayu. Sikap, perbuatan dan kata-katanya sama dengan jaguh-jaguh Umno.

“Sebab itu, kita sepatutnya gantung Zulkifli sementara siasatan selesai kerana kesalahannya jelas dan berterusan. Kita perlu berlaku adil kepada dia, tetapi kita juga perlu berlaku adil kepada ratusan ribu ahli parti,” katanya. - Berita Harian

Comments

  1. Tak ke mana nya PKR ni. Pengacau keharmonian Negara

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T