Skip to main content

Tindakan Nik Aziz mengecewakan rakyat Kelantan

KOTA BHARU 5 Jan. - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra walaupun dititahkan dua kali seperti yang dinyatakan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra amat dikesali dan mengecewakan rakyat negeri ini.


Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sewajarnya mentaati perintah tersebut dan perlu sentiasa berada di sisi sultan yang sedang dirawat.

"Saya sebagai rakyat negeri ini berasa amat kesal kerana Menteri Besar tidak menghadap Sultan Kelantan walaupun dititahkan berbuat demikian seperti dilaporkan media.

"Seorang Menteri Besar patut sentiasa menghadap tuanku dan mendoakan panjang umur tuanku disebabkan beliau adalah ketua kerajaan

"Bagi saya jika beliau hanya menghantar wakil untuk menghadap tuanku adalah tidak manis disebabkan sultan adalah payung negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail yang mendakwa Nik Abdul Aziz tidak menghadap baginda walaupun dititahkan berbuat demikian sebanyak dua kali melalui panggilan telefon pada penghujung Disember lalu.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, panel perubatan yang dilantik kerajaan negeri mengesahkan tahap kesihatan Sultan Kelantan yang dirawat di Singapura kini stabil dan boleh dibawa pulang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Panel yang dianggotai enam pakar itu mengesyorkan agar Tuanku Ismail Petra dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu menjelaskan mengenai desas-desus bayaran rawatan baginda di Hospital Mount Elizabeth yang dikatakan tertunggak sehingga mencecah lebih RM1 juta.

"Kalau betul hendak bawa balik tuanku disebabkan kos rawatan, ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan dan memalukan sebab tidak kira berapa kos sekali pun kerajaan negeri perlu tanggung.

"Kos ini dikira murah kerana rawatan dibuat di Singapura, cuba bayangkan jika rawatan ini dilakukan di England atau Amerika Syarikat, kosnya pasti terlalu tinggi," katanya.

Katanya, jika itu yang menjadi isu, ia pasti ada kaitan dengan kedudukan kewangan negeri yang mungkin semakin tenat.

"Ini pasti ada kaitan dengan ekonomi negeri, kerajaan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana tidak dapat mengutip cukai disebabkan kekurangan pelaburan.

"Kerajaan negeri mesti jelaskan secepat mungkin bagi mengelak persepsi buruk seperti ini terus berlegar di kalangan rakyat," katanya.

Sementara itu, beliau juga mempersoalkan percanggahan pendapat dua pemimpin Pas berhubung isu kalimah Allah.

Katanya, percanggahan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr. Haron Din merupakan kecelaruan besar parti itu dalam usaha menjaga kepentingan politiknya.

"Abdul Hadi kata Allah boleh digunakan oleh para penganut agama samawi, sementara Haron Din secara terang mengatakan umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari membawa kepada kekufuran.

"Jadi ini jelas bercelaru. Inilah kecelaruan sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam," ujarnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T