|
Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu yang menggunakan tongkat diiringi dua peguam iaitu Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Lee Lin memasuki pejabat suruhanjaya itu pukul 8.45 pagi ini.
Bagaimanapun, keterangan Chuan How, 51, selesai diambil malam ini dan dia dibebaskan dengan jaminan pukul 10.30 malam. Dia dikehendaki hadir semula ke ibu pejabat SPRM itu pada 18 September depan.
Menurut Lee Lin, beliau berpuas hati dengan layanan SPRM terhadap anak guamnya sepanjang siasatan yang bermula pukul 11 pagi.
Chuan How disiasat mengikut Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009, dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan atas dakwaan pecah amanah.
‘‘Pada peringkat awal, kita mengemukakan resit-resit yang dibuat salinan tetapi kemudian menyerahkan resit asal kepada SPRM sebagai bahan bukti,’’ katanya kepada pemberita di pekarangan ibu pejabat SPRM hari ini.
Dia merupakan suspek utama berikutan penemuan hasil siasatan beberapa program dan bantuan yang menggunakan peruntukan pembangunan ADUN Sungai Pelek.
Peruntukan itu tidak disampaikan kepada pihak pemohon walaupun kelulusan telah diberikan dan cek-cek telah diserahkan kepada Chuan How. - Utusan.
Comments
Post a Comment