Skip to main content

Tandus Isu Serang Peribadi Cari Populariti

By administrator | Category: Berita Eksklusif

fracture25021

PERMATANG PAUH, 19 Ogos – Seperti yang dijangka, pakatan campuran akan mensensaikan isu berkaitan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dengan pembatalan lesen guaman sivilnya.

Ini berikutan kegagalan mereka untuk mencari alternatif lain bagi menarik perhatian masyarakat khususnya untuk memenangi hati pengundi menjelangnya pilihan raya yang akan berlangsung kurang seminggu lagi.

Biar apapun yang cuba dipermainkan oleh pakatan campuran dalam kempen mereka khususnya menerusi sesi ceramah, sememangnya ia menyimpang daripada kenyataan asal dan hakikat sebenarnya.

Realitinya, Rohaizat tidak gentar berdepan dengan pelbagai fitnah dan penyelewengan yang disensasikan oleh pakatan campuran kerana apa yang disampaikan dalam sesi ceramahnya adalah berbeza dan menyimpang dari perkara sebenar.

Sesungguhnya, Rohaizat mengakui bahawa lesen guaman sivilnya telah dibatalkan berikutan Firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat yang mewakili Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Bhd gagal mengembalikan hampir RM 161,000 selepas transaksi pembelian satu hartanah dibatalkan.

Namun demikian, Rohaizat tidak melarikan diri atau mengelak daripada menyelesaikan permasalahan yang berlaku sebaliknya, sikap tanggungjawab beliau terserlah apabila terus kekal di dalam firma terbabit dan berusaha membayar semula wang berkenaan.

Malah, dilaporkan bahawa pengadu telah pun menarik balik semua aduannya pada 28 Mac 2008 lalu.
Dalam hal tersebut, keprihatinan Rohaizat sememangnya terserlah lantas bertanggungjawab atas firma yang ditubuhkan.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Bendahari Koperasi terbabit, Omar Hamid bahawa Rohaizat telah pun menyelesaikan permasalahan terbabit dan menjelaskan RM160,000 tahun lalu.

Lantaran itu, tidak timbul soal ketidak bertanggungjawabannya sebagai calon apatah lagi terbukti bahawa Rohaizat sanggup berdepan dengan khalayak dan menyelesaikannya secara profesional. - UMNO online.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T