KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membenarkan pemimpin peringkat akar umbi membuat kenyataan yang menjejaskan parti Pakatan seperti isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang. Karpal mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan keadaan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik. "DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan," kata Karpal di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Mohd Yusmadi turut dilapor sebagai berkata, formula baru itu diperlukan bagi menggantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pi...