Skip to main content

Samy Vellu kecewa MIC dipersalahkan

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu kecewa kerana selepas keputusan buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, MIC dipersalahkan apabila didakwa tidak banyak membantu kaum India.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mendakwa bahawa beliau sebagai Presiden parti tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat minoriti itu di negara ini.

''Kalau saya tidak pernah berbuat apa-apa, tidak akan wujud Kolej Tafe di Seremban dan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, selain pinjaman biasiswa sebanyak RM100 juta kepada pelajar India serta beberapa kemudahan kepada golongan India negara ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan selama dua hari yang bermula hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas.

Menurut Samy Vellu, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MIC harus menunaikan janji dan hasrat rakyat secara kolektif kerana mereka menganggap BN sebagai 'parti untuk semua' dan bukan entiti berasingan.

''Masyarakat juga melihat MIC sebagai BN. Maka, kita harus bersatu untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

''Oleh itu, MIC tidak boleh menunaikan hasrat masyarakat India secara individu kerana ia memerlukan campur tangan kerajaan," katanya.

Jelas beliau, pemimpin MIC hanya boleh mencadangkan pelan tindakan bagi kaum India tetapi ia memerlukan campur tangan kerajaan bagi melaksanakan tindakan tersebut.

Samy Vellu juga mengakui bahawa sejak Najib menjadi Perdana Menteri kira-kira lima bulan lalu, beliau telah meletakkan mekanisme yang sesuai bagi melaksanakan program untuk kaum India.

''Pada masa kini terutamanya selepas Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, ada keyakinan yang tinggi terhadap BN kerana banyak keputusan dibuat menerusi Jawatankuasa Kabinet bagi kaum India," jelas beliau.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Tabung Amanah Pelaburan Berjadual bagi kaum India untuk mencapai sasaran tiga peratus ekuiti menjelang 2020.

''Pada masa ini pegangan ekuiti masyarakat India adalah 1.1 peratus sahaja. Kami perlu menambah sebanyak 1.9 peratus lagi bagi mencapai sasaran tiga peratus menjelang 2020," katanya.

Samy Vellu turut mencadangkan supaya pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam dipercepatkan bagi mencapai kuota 7.4 peratus seperti yang ditetapkan kerajaan.

''Kami juga ingin mendapatkan bantuan kerajaan bagi mengarahkan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum India.

''Kami juga sedar bahwa ramai kaum India yang diambil bekerja secara kontrak, oleh itu kami meminta kerajaan memastikan mereka diserap sebagai kakitangan tetap," ujarnya.

Beliau berkata, parti itu juga mahu kerajaan mempercepatkan pertukaran sekolah separa bantuan Tamil kepada sekolah bantuan penuh untuk mempercepatkan inisiatif perpaduan nasional seperti yang dicadangkan di bawah gagasan 1Malaysia. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...