KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya, Michelle, menyampaikan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang menyambut ketibaan Aidilfitri, hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini, Obama berkata:
"Ketika umat Islam di Amerika Syarikat dan seluruh dunia menyempurnakan ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri, Michelle dan saya ingin menyampaikan ucapan peribadi kami pada hari yang menggembirakan ini," katanya.
"Ketika sambutan ini, umat Islam memperingati golongan tidak bernasib baik termasuk orang miskin dan mereka yang mengalami kelaparan, konflik dan penyakit.
"Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam memungut zakat supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan dengan gembira," katanya. - Berita Harian
Comments
Post a Comment