Skip to main content

MIC perlu diterajui pemimpin muda

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my

Tindakan raih kembali sokongan kaum India

KUALA LUMPUR: MIC perlu memperbaharui struktur kepemimpinannya bermula dengan kerusi Presiden untuk memberi peluang kepada generasi muda menerajui pucuk pimpinan parti itu jika mahu meraih kembali kepercayaan masyarakat India.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Sarjit Singh Gill, berkata sudah tiba masa Datuk Seri S Samy Vellu selaku pemimpin hampir 30 tahun memikirkan masa depan parti secara serius, bukan hanya mengutamakan kepentingan peribadi.

"Samy Vellu perlu merangka peralihan kuasa supaya menyuntik semangat baru yang mampu mendorong ahli kembalikan kegemilangan.

"MIC berusia lebih 60 tahun termasuk 30 tahun di bawah Samy Vellu dan perlu mengambil berat keperluan mewujudkan pemimpin pelapis generasi muda. MIC perlu utamakan demokrasi dan dengar rintihan akar umbi," katanya, semalam.

Pemilihan tertinggi parti 12 September lalu menyaksikan senarai calon pilihan Samy Vellu menyapu bersih kerusi Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 19 daripada 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, Samy Vellu kini liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) kerana sokongan kaum India semakin merosot dan berpotensi menjejaskan sokongan terhadap gagasan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga percaya MIC perlu mewujudkan pucuk pimpinan baru bagi mengukuhkan BN kerana perubahan dalaman parti itu mampu mempengaruhi persepsi masyarakat India terhadap MIC.

"Saya yakin jika berlaku pertukaran pimpinan, sokongan kaum India dapat diraih semula. Samy Vellu sudah terlalu lama dalam parti walaupun sumbangan beliau amat banyak," katanya.

Penganalisis politik yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berpendapat Samy Vellu tidak wajar meneruskan pendekatan autokratik.

"Perlu ada demokrasi bagi mereka menentukan hala tuju. Saya tidak lihat proses ini dalam MIC kerana sejak beliau berkuasa, demokrasi terkubur beransur-ansur," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T