Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, September 14, 2009

Pemuda UMNO atur strategi

SEREMBAN 13 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO mengenalpasti strategi baru untuk mendekati pengundi muda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, strategi tersebut adalah hasil daripada perbincangan dengan semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Sembilan.

''Setiap satu peti undi atau pilihan raya kecil mempunyai latar belakang yang berbeza dan pendekatan yang berbeza akan digunakan.

''Bagi Bagan Pinang kita bersetuju untuk mengadakan satu strategi baru bagi mendekati pengundi muda demi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Klana Resort di sini, semalam.

Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang itu adakan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd. Nor dari BN akibat jangkitan darah di Hospital Pakar Seremban pada 4 September lalu. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...