Skip to main content

MIC perlu mohon maaf secara terbuka: Mukhriz

PETALING JAYA: MIC perlu memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga kepada mereka yang terbabit berhubung isu "kalungan selipar," kata Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata walaupun MIC telah mengambil tindakan menggantung keanggotan perwakilannya yang mencerca Dr Mahathir pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu, tindakan itu tidak cukup untuk meredakan keadaan.

"Bukan hanya Tun (Dr Mahathir) yang tersinggung," kata Ahli Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Khadijah's Kitchen di Jalan Bukit dekat sini malam ini.

Mukhriz berkata, hanya dengan memohon maaf secara terbuka membuktikan keikhlasan MIC untuk menjaga hubungan antara parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia telah menyinggung perasaan ramai pihak.

Beliau mengulas keputusan MIC menggantung keanggotaan perwakilan itu yang mencadangkan kalungan selipar digantung pada potret Dr Mahathir, sehingga tindakan lanjut dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti.

Terdahulu, di KUALA LUMPUR, Mukriz berkata ahli MIC yang lain tidak berkongsi sentimen dengan perwakilan terbabit kerana beliau menerima banyak mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada rakan dalam MIC berhubung perkara itu.

"Mereka memberi jaminan kepada saya bahawa mereka tidak berkongsi sentimen orang yang membuat kenyataan itu dalam perhimpunan agung (MIC) dan ia tidak mewakili majoriti anggota parti.

"Saya harap perkara ini benar dan kita boleh terus mara ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar bertajuk "Peluang daripada AFTA dan FTA Serantau" anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia pagi tadi. Beliau berkata, adalah malang kerana kenyataan yang dibuat oleh bapanya telah mengakibatkan reaksi yang berbaur emosi daripada salah seorang ahli MIC.

Mukhriz berkata, bapanya hanya meminta MIC melakukan perubahan seperti yang didesak oleh rakyat yang ingin melihat muka baru dalam kepimpinan parti. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T