Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, September 30, 2009

Karpal desak Anwar jelas kekeliruan isu Ketua Menteri bergilir

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membenarkan pemimpin peringkat akar umbi membuat kenyataan yang menjejaskan parti Pakatan seperti isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang.

Karpal mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan keadaan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik.

"DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan," kata Karpal di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mohd Yusmadi turut dilapor sebagai berkata, formula baru itu diperlukan bagi menggantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pinang yang menyaksikan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada kaum Cina dan jawatan Timbalan Ketua Menteri dipegang kaum Melayu.

Karpal menjelaskan bahawa DAP mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terbanyak dan parti itu mempunyai hak untuk melantik siapa sebagai Ketua Menteri di negeri itu. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...