SAYA amat terkejut, geram dan marah berkenaan cadangan perwakilan MIC untuk meletakkan kalungan selipar pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohammad, negarawan negara yang paling dihormati oleh saya dan rakyat Malaysia.
Bagi saya, ini adalah satu tahap penghinaan yang tidak boleh dipandang ringan. Tun Mahathir bukanlah calang-calang individu, beliau adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun.
Tiada Perdana Menteri yang pernah memerintah selama Tun Mahathir.
Ditambah pula dengan Samy Vellu yang hanya tunduk diam ketika cadangan ini diusulkan membuatkan saya bertambah geram.
Samy Vellu pernah berkata, Tun Mahathir semasa pemerintahannya tidak melakukan apa-apa untuk kaum India. Ingin saya bertanya kepada Samy, adakah semasa pemerintahan Tun Mahathir, sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional berkurangan seperti pada waktu sekarang? Jika beliau tidak melakukan apa-apa untuk kaum India, kenapakah sokongan kepada Barisan Nasional tidak berkurangan malah sentiasa bertambah?
Di sini saya menegaskan bahawa MIC mestilah memohon maaf kepada UMNO dan Tun Mahathir di atas cadangan yang melampau ini. Jangan seperti kacang lupakan kulit. Sedarlah diri anda wahai perwakilan MIC. Malaysia tidak mungkin berada seperti mana yang kita kecapi sekarang tanpa jasa Tun Mahathir.
Exco Kelabchedet.com - Utusan
Comments
Post a Comment