Skip to main content

Perwakilan kritik Samy Vellu

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini dikritik beberapa perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan presiden pada hari kedua perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Seorang perwakilan dari Selangor berkata, presiden parti telah menghantar kad hari lahir kepada seorang pemimpin cawangan yang telah pun meninggal dunia empat tahun lalu.

Perwakilan itu berkata, isteri mendiang pemimpin itu telah melahirkan rasa kesal dengan penghantaran kad itu dan meminta presiden parti itu supaya mengelak daripada berbuat sedemikian pada masa depan.

Seorang lagi perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah berkata, bahawa ia mengambil masa sembilan tahun bagi masyarakat India di situ untuk membeli sebidang tanah bagi membina sebuah sekolah Tamil dan telah berjumpa dengan Samy Vellu untuk bantuan kewangan bagi pembinaannya.

Bagaimanapun, katanya, walaupun menghantar surat dan menemui Samy Vellu tiga kali, tiada perkembangan positif daripada pemimpin itu setakat ini.

Seorang lagi perwakilan dari Kedah menegaskan bahawa sebab utama masalah Kampung Buah Pala adalah disebabkan 'kegagalan' pemimpin MIC untuk menangani isu dari peringkat awal.

Ini mendorong Samy Vellu untuk mencabar perwakilan itu membuktikan dakwaannya dengan berkata, bahawa beliau (Samy Vellu) bersedia untuk meletak jawatan dalam parti jika perwakilan itu dapat membuktikannya.

Seorang lagi perwakilan berkata, sementara pandemik influenza A (HINI) adalah baru yang memberi kesan kepada negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bagaimanapun, beliau berkata, ia telah 'menjejaskan' MIC sejak 8 Mac 2008 apabila parti itu mengalami kekalahan yang memalukan dalam sejarah 63 tahun penubuhannya.

Sementara itu, walaupun mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau campur tangan dalam hal dalaman MIC, beliau juga dikritik para perwakilan.

"Tak perlu nasihat" kata seorang seorang perwakilan dari Negeri Sembilan dan seorang lagi berkata: "Tolong jaga urusan sendiri. Kami tahu apa yang kami lakukan".

Seorang perwakilan Wanita meminta parti supaya mengeluarkan satu reka bentuk uniform baru untuk kegunaan rasmi semasa majlis parti kerana mereka telah menggunakan reka bentuk yang ada sejak 10 tahun lalu dan Samy Vellu berkata, reka bentuk baru sedang dirancang.

Seorang lagi perwakilan Wanita meminta perwakilan yang lain tidak terlalu memuji Samy Vellu dan pemimpin kerana semua puji-pujian hanya untuk Tuhan. - BERNAMA

"Anggota MIC perlu mengikis sikap ini...ia tabiat yang tidak baik," katanya.

Seorang perwakilan dari Lembah Klang pula meminta kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat India membeli unit amanah saham yang ditawarkan kerajaan.

Beberapa perwakilan juga mengingatkan pasukan yang baru menang dalam pemilihan parti semalam supaya turun padang bagi mengukuhkan parti di semua peringkat dan menghormati anggota di peringkat akar umbi dalam usaha mendapatkan semula sokongan daripada masyarakat India.

Pengerusi Tetap, Tan Sri G. Vadiveloo juga menghadapi hari-hari yang agak teruk kerana terpaksa terus mengingatkan para perwakilan untuk menumpukan perhatian terhadap perbahasan dan tidak membaca akhbar di dalam dewan itu.

Seorang perwakilan dari Pahang yang menyokong konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mana-mana pemimpin Malaysia pada masa depan perlu meneruskan usaha menggalakkan konsep itu kerana ia boleh memastikan BN terus memerintah negara ini pada masa depan.

Seorang perwakilan wanita dari Shah Alam kecewa bahawa walaupun menghadiri empat konvensyen MIC, beliau mendapati para perwakilan mengajukan soalan dan membangkitkan isu yang sama dan meminta mereka mengubah pemikiran mereka dan juga menghormati Samy Vellu yang disifatkannya sebagai 'bapa' bagi setiap orang dalam MIC. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T