Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, September 14, 2009

Percepat proses kejatuhan MIC - Zulkifli

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kemenangan calon pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hanya akan mempercepatkan proses 'kejatuhan' parti tersebut.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, apabila proses itu berlaku, kaum India akan beralih menyokong pakatan pembangkang yang dilihat mampu membela nasib mereka.

"Jangankan orang, 'kesucian' lembu pun dijaga oleh pakatan pembangkang. Sampai ada Pak Janggut sanggup menggunakan al-Quran dan hadis untuk membela 'kesucian' lembu," kata beliau di dalam blognya di http://zul4kulim.blogspot.com/.

Pada pemilihan dalam Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, calon-calon Samy Velly termasuk G. Palanivel menang dalam jawatan peringkat tertinggi parti itu.

Pada pemilihan itu, calon-calon yang mendapat sokongan Samy Vellu menyapu bersih semua jawatan tertinggi yang dipertandingkan.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk G. Palanivel mengekalkan kedudukannya buat penggal kedua dengan mengalahkan bekas Timbalan Presiden, Datuk S. Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan.

Pada pemilihan itu, Palanivel memperoleh 629 undi, manakala Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).

Bagi tiga jawatan Naib Presiden, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan memenangi jawatan yang ditandingi itu.

Zulkifli berkata, tokoh-tokoh muda, berkaliber dan lebih diterima arus perdana seperti Subramaniam dan Sothinathan ditolak oleh ahli-ahli MIC.

"Jadi, Subramaniam dan Sothinathan apa ditunggu lagi, jom sertai pakatan pembangkang dan biarkan Samy Vellu terjun dengan juak-juaknya," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...