PEKAN 12 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin MIC yang memenangi pemilihan parti itu kembali merapatkan barisan dan mencari jalan mendapatkan semula sokongan masyarakat India bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya akan datang.
Sambil mengucapkan tahniah dan menyifatkan tiada kejutan pada pemilihan itu, Perdana Menteri berkata, pemimpin yang terpilih mesti memberi tumpuan supaya MIC dapat bangkit semula sebagai parti yang relevan dan dapat menyokong BN pada pilihan raya akan datang terutama di kawasan kaum India merupakan majoriti penduduk.
''Saya kira ini merupakan titik permulaan terhadap usaha mereka memenangi sokongan dan hati nurani masyarakat kaum India. Yang penting sekarang ini untuk mereka yang berjaya merapatkan barisan dan menyedari bahawa mereka menghadapi tugas yang lebih besar, lebih berat lagi.
''Kalau perpecahan berlaku, mereka tak boleh memenangi sokongan majoriti kaum India.
''Hanya melalui perpaduan dan jika mereka dapat merapatkan barisan dan menerima keputusan itu dan seterusnya yang menang menerima yang kalah dan yang kalah menerima hakikat keputusan itu, barulah proses pemulihan dalam MIC boleh berlaku dan mereka boleh menghadapi cabaran lebih besar yakni memenangi sokongan kaum India secara keseluruhan,">
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat maghrib dan menyampaikan sumbangan kepada lebih 3,000 penerima termasuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim sempena majlis berbuka puasa perdana di Masjid Felda Chini 4 di sini malam ini.
Majlis itu dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO dan Felda.
Ditanya sama ada keputusan pemilihan itu menunjukkan sokongan ahli MIC terhadap kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Velly, Perdana Menteri berkata, ia telah dijangka berdasarkan pada senario perwakilan parti tersebut pada pemilihan kali ini.
Menjawab satu soalan, Najib berkata, apa yang penting sekarang ialah, pemimpin MIC mesti dapat menyesuaikan diri dengan kehendak pengundi kaum India.
''Mereka mesti tahu apa aspirasi masyarakat kaum India dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi sokongan kaum India," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis tersebut, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan yakin ekonomi negara akan kembali mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat tahun ini selepas merekodkan pertumbuhan negatif pada tiga suku pertama sebelumnya.
Kerajaan katanya, akan berusaha untuk melakukan apa sahaja bagi menjayakan pemulihan ekonomi negara selepas memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri turut membayangkan peneroka Felda akan menerima lebih banyak berita gembira selepas ini apabila Felda dijangka meneruskan prestasi baik dan mampu memberikan bonus pada tahun ini.
''Kita tunggu keputusan Felda dalam usahanya terus membela nasib peneroka," katanya

Comments
Post a Comment