Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, September 13, 2009

MasyaALLAH Ustad Azizan...Arak : MB Kedah terkejut cadangan Pemuda Pas

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan Dewan Pemuda Pas.

"Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu," katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan.

Azizan berkata, beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak kerana Kedah sudah ada undang-undang sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

"Di sini hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang diberikan lesen penjualan arak kerana ada penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya.

"Saya rasa tiada masalah bagi orang Islam kerana mereka tahu memang haram minum arak," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kulim, Lim Soo Nee sebagai Ahli Exco Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan, bagaimanapun, menyatakan rasa terkejut mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

"Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri," katanya.

Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani, berkata semalam mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak itu. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...