|
|
Katanya, tindakan seorang perwakilan MIC yang mencadangkan supaya menggantung kalungan selipar pada gambarnya kerana marah dengan teguran beliau kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini juga bukan sesuatu yang baru.
"Saya ditanya berkali-kali oleh media bagaimana perasaan saya apabila perkara itu terjadi dan jawapan saya adalah ia bukan perkara baru.
"Sebagai ahli politik, seseorang harus menerima kecaman atau penghinaan sedemikian rupa. Jadi apa yang berlaku tidak membawa sebarang perbezaan sekarang," kata beliau dalam blognya, http://chedet.co.cc/chedetblog.
Perwakilan MIC yang mengemukakan cadangan 'kalungan selipar; tersebut, M. Sukumaran yang juga Timbalan Ketua MIC Bahagian Paya Besar telah pun memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Mahathir kerana keceluparannya itu.
Dr. Mahathir berkata, beliau boleh menerima apa juga komen atau kecaman yang dibuat terhadapnya kerana ia tidak bermakna orang lain tidak lagi menghormatinya sebagai seorang negarawan.
"Sebagai contoh, selepas saya meletak jawatan, beberapa pemimpin UMNO mengecam saya kerana mengkritik keputusan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) mengenai jambatan bengkok dan beberapa perkara lain.
"Saya tidak berkata apa-apa mengenai itu dan tiada sesiapapun yang marah dengan pemimpin UMNO itu kerana mengecam saya. Mereka takut apa yang saya kata itu akan melukakan hati Perdana Menteri ketika itu.
"Dalam kata lain, saya menerima apa juga kecaman yang dilemparkan kepada saya," katanya. - Utusan
Comments
Post a Comment