Skip to main content

Elak isu keruh hubungan

PUTRAJAYA 15 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu MIC segera mengambil tindakan ke atas perwakilan parti itu yang mengeluarkan kenyataan supaya 'kalungan selipar' diletakkan pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan suasana keruh dalam komponen Barisan Nasional (BN).

''Kalau begitu saya minta Presiden MIC (Datuk Seri S. Samy Vellu) ambil tindakan yang wajar kepada mereka yang buat pandangan dan kenyataan yang tidak hormat pemimpin, lebih cepat tindakan diambil, itu lebih baik.

''Kerana kita tidak mahu hanya disebabkan satu atau dua pandangan, ia boleh mengeruhkan hubungan di kalangan parti komponen dalam BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat hala tuju pendidikan Islam bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di pejabatnya di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas cadangan seorang perwakilan MIC yang mahu meletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Dr. Mahathir.

Cadangan itu dilontarkan sewaktu sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ini ekoran rasa tidak puas hati perwakilan tersebut terhadap bekas Perdana Menteri yang didakwa telah mencampuri urusan MIC.

Menurut Muhyiddin, kenyataan tersebut tentulah suatu yang biadab dan tidak menghormati pemimpin.

''Tentulah satu perkara yang biadab, tidak menghormati pemimpin, ini yang telah diulas oleh beberapa rakan yang lain, saya setuju sangat dengan pandangan mereka.

''Tetapi (kenyataan itu) bukan keputusan MIC, kalau MIC buat begitu... teruklah tetapi ia adalah suara ahli yang agak kecewa kononnya ada campur tangan Dr. Mahathir dalam keputusan pemilihan parti," katanya.

Kata beliau, sepatutnya pada masa ini, seluruh anggota parti komponen BN menumpukan soal perpaduan dan usaha memperkukuhkan parti.

''Mungkin disebutkan oleh perwakilan, ia bukan keputusan perhimpunan agung MIC dan saya sudah membaca kenyataan Samy Vellu yang berasa kecewa dengan perwakilan yang bercakap begitu," katanya.

Mengenai kenyataan Samy Vellu bahawa rakyat sebenarnya menolak BN pada pilihan raya umum lalu dan bukannya menolak MIC, Muhyiddin tidak fikir pandangan itu satu perkara yang betul.

''Ya, sudah tentu Samy Vellu mempunyai pandangannya sendiri, saya fikir kita kena ambil secara keseluruhan kerana sukar untuk memisahkan antara penolakan terhadap BN dan penolakan terhadap MIC," katanya.

Dalam hal ini, jelas beliau, MIC merupakan antara parti komponen utama dalam BN dan apa yang penting ialah bagaimana usaha menarik kembali sokongan rakyat.

''Sebagaimana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kepada perwakilan MIC baru-baru ini bahawa kita perlu bangkit dan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat.

''Saya fikir tidak boleh letakkan kesalahan kepada kerajaan, MIC perlu banyak lakukan kepada komuniti India, tidak perlu tuding jari, tapi ini soal cabaran kembalikan sokongan," katanya.

Katanya, kepimpinan MIC yang baru mempunyai tugas penting untuk memastikan mereka dapat berperanan membantu jentera BN dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

''Pilihan raya kecil Bagan Pinang penting, kita kena dapat sokongan semua komuniti termasuk masyarakat India," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...