Skip to main content

Umno Telok Kemang tak letak syarat pilih calon

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my

Ahli perlu akur, sokong keputusan pucuk pimpinan parti

PORT DICKSON: Umno Bahagian Telok Kemang tidak meletakkan sebarang syarat kepada pucuk pimpinan parti berhubung calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, bulan depan.

Ketuanya, Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan bagi memilih calon terbaik, sekali gus memastikan kerusi tradisi milik BN terus dipertahankan.

"Sokongan sebulat suara yang diberikan sebagai calon BN dalam mesyuarat (Umno bahagian) lalu dibuat atas keyakinan, maknanya kebulatan kita (Umno bahagian) untuk bekerja bersama-sama, tetapi kita tidak boleh meletakkan syarat kerana amalan itu tidak betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Khidmat Masyarakat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan di Rumah Komuniti, Kampung Teluk Kemang dekat sini, semalam.

Mohd Isa berkata, sebagai anggota parti, semua ahli perlu mematuhi dan menyokong keputusan pucuk pimpinan walau siapa calon yang dipilih, kerana ia dilakukan selepas membuat pertimbangan dan meneliti pandangan pelbagai pihak.

"Apabila menghadapi pilihan raya, kita tidak bercakap mengenai individu, sebaliknya menghadapinya sebagai satu pasukan yang hendak menang walaupun seorang saja akan mendapat nikmat.

"Seperti bermain bola sepak, yang menjaringkan gol adalah penyerang dan jika menang trofi diambil dijulang oleh kapten. Ada juga kapten yang tidak boleh main kerana cedera, tetapi apabila menang dia juga yang mengambil trofi.

"Apa yang penting, pasukan kita menang dan semangat untuk mencapai kemenangan mesti ada," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah menyerahkan senarai nama calon selain dirinya kepada Badan Perhubungan Umno negeri, Mohd Isa berkata, masih banyak masa untuk itu kerana orang ramai ketika ini sibuk dengan persiapan Aidilfitri.

Di Seremban, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya akan menerima sesiapa saja yang dicalonkan pucuk pimpinan parti, asalkan BN dapat mengekalkan kerusi itu.

Beliau berkata, kemenangan pada pilihan raya kecil itu amat penting bagi membuktikan Umno dan BN masih relevan sebagai parti politik dan mempunyai sokongan rakyat.

"Soal pemilihan calon, kita serahkan kepada pucuk pimpinan kerana itu hak mutlak mereka, tetapi kita mahu calon yang dipilih mempunyai kriteria utama, iaitu boleh menang dan ini bermakna calon itu boleh diterima pengundi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Klana Resort, malam kelmarin.

Khairy juga menafikan Umno kini berdepan ketandusan pemimpin.

"Kita bukan ketandusan pemimpin, malah pembangkang juga sering mengitar semula pemimpin seperti yang berlaku di Permatang Pasir, Pulau Pinang apabila calon yang kalah empat kali dalam pilihan raya dicalonkan semula," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T