Skip to main content

Peristiwa sejarah tanah air: Lupa atau tidak ambil berat?

BULAN Ogos dan September merupakan dua bulan yang amat bersejarah untuk negara Malaysia.

Ogos atau August dalam Bahasa Inggeris bermaksud bulan ke-8 dalam satu-satu tahun. August juga bermaksud respected / influential (unggul /mulia). Secara umum boleh ditafsirkan bulan Ogos sebagai bulan yang dianggap sebagai unggul. Apatah lagi 52 tahun yang lalu, negara kita, yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, mencapai kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos, 1957, membawakan kebebasan, kemerdekaan, kesediaan rakyat Tanah Melayu untuk berdikari, berfikir sendiri dan bebas untuk membangunkan negara tercinta.

Pengorbanan rakyatnya, khususnya daripada kaum Melayu, dari segi nyawa dan tenaga, harta dan wang, usaha dan pemikiran melalui politik tanah air, pentadbiran, ketenteraan, polis dan keselamatan, penulisan dan lain-lain, tidak dapat dibalas dan dinilaikan.

September pula merupakan bulan wujudnya negara Malaysia iaitu pada 16 September 1963. Tanggal ini mencantumkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (kemudiannya keluar daripada gagasan ini), menjadi sebuah negara yang lebih besar, iaitu Malaysia.

Kini Malaysia tercatat di peta dunia sejak 1963, dan telah membangun dan maju dengan pesatnya. Rakyat berbilang kaum hidup aman damai dengan sikap hormat menghormati serta toleransi di antara satu dengan lain.

Saya terkejut juga semasa menjalankan tugas dahulu apabila ditanya kepada beberapa orang guru sandaran terlatih yang hendak dilantik ke jawatan tetap kerajaan, mereka tidak tahu mengapa Malaysia ditubuhkan. Apa ertinya penubuhan Malaysia bagi Sabah dan Sarawak?

Apa maksud Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957? Ramai mengatakan 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak juga.

Saya katakan pada 1957, Sabah dan Sarawak belum merdeka. Belum pun lagi menyertai Malaysia. Bila pula tarikh Sabah dan Sarawak merdeka? Bertambah keliru mereka! Di mana salahnya di sini? Adakah pendidikan kita di sekolah tidak menyatakan dan menjelaskan dengan tepat maksud tarikh-tarikh tersebut. Ataupun kerajaan di dalam mengingati peristiwa sejarah tanah air, lupa menghargainya ataupun tidak menjelaskan dengan betul maksud perayaan tersebut, sehinggakan rakyat keliru dan salah tanggap peristiwa sejarah tanah air kita.

Saya maklum dan saya rasa, ada yang maklum, mengapa 31 Ogos setiap tahun diangkat sebagai tarikh ulang tahun Kemerdekaan Malaysia, walaupun pada tahun 1957, Sabah dan Sarawak belum menyertai Malaysia. Kerajaan perlu menentukan 1 tarikh yang sesuai untuk ulang tahun Kemerdekaan dan 31 Ogos adalah amat sesuai kerana ia merupakan tarikh Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan.

Ia merupakan satu peristiwa yang amat bersejarah, dan yang terawal. Memang Tunku Abdul Rahman mengharapkan 31 Ogos 1963 diisytiharkan penubuhan Malaysia, tetapi oleh kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksa diisytiharkan pada 16 September.

Tetapi mengapa keadaannya begini sekarang ini? Ramai yang keliru. Adakah saja-saja kita hendak lupakan sejarah atau kita tidak ambil berat atau hendak kelirukan mereka? Bukankah 31 Ogos dan 16 September adalah tarikh-tarikh penting untuk negara dan rakyat Malaysia. Saya harap pihak tertentu akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengingati juga 16 September seperti kita mengingati 31 Ogos supaya rakyat tidak keliru. Janganlah kita lupakan sejarah atau tidak ambil berat sebab kita 1Malaysia!

DATUK HABIBAH ZON

Mantan Ketua Pengarah

Arkib Negara Malaysia - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...