Skip to main content

Kebajikan rakyat diutama


ROSMAH Mansor mendukung Lee Pak Len semasa melawat mangsa kebakaran setinggan Jalan Sungai Besi di pusat pemindahan sementara Dewan Serbaguna Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan).


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan bagi memastikan nasib mereka terbela dan mendapat perlindungan sewajarnya.

Menurutnya, ia selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia juga menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengambil berat tentang kesusahan yang dialami rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melawat dan menyampaikan sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) sebanyak RM1,000 masing-masing kepada 12 keluarga mangsa kebakaran 30 buah rumah setinggan di Jalan Sungai Besi di sini hari ini.

Buat sementara waktu, kesemua keluarga yang tinggal sehelai sepinggang itu ditempatkan di Dewan Serbaguna Rumah Pangsa Seri Selangor, Jalan San Peng dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi Khamis lepas, seorang wanita berusia 20-an dan bayinya berusia empat bulan ditemui rentung di dalam sebuah bilik rumah setinggan tersebut.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti berkata, bantuan yang diberikan itu bertujuan meringankan beban mangsa untuk meneruskan kehidupan mereka.

Beliau turut menyampaikan salam takziah dan simpati daripada Perdana Menteri yang tidak dapat hadir bersamanya.

"Walaupun kami hanya bergelar isteri-isteri pemimpin kerajaan, kami turut bersama-sama untuk merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat," ujarnya.

Katanya, beliau difahamkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Puchong kepada keluarga mangsa yang terlibat.

"Kepada mana-mana keluarga yang ditawarkan perumahan tersebut diharap dapat menerimanya walaupun ia terletak jauh dari ibu negara.

"Menetap di rumah setinggan memang berbahaya. Sekiranya berlaku kebakaran semuanya akan terbakar. Jadi, kepada mangsa yang ditawarkan tinggal di PPR, ambillah peluang ini," ujarnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...