Skip to main content

Media boleh membantu - PM


Najib Tun Razak menerima cenderamata berupa gambar Satu Malaysia daripada Mohamed Hashim Makaruddin pada majlis berbuka puasa di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi, semalam. (Lagi berita dan gambar di muka 8)

BANGI 18 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media massa terus membantu kerajaan melonjakkan kejayaan negara yang telah dimulakan oleh pemimpin terdahulu ke suatu tahap lebih tinggi.

Menurut Perdana Menteri, media memainkan tanggungjawab penting untuk membantu perjalanan kerajaan kerana jika tidak, banyak halangan perlu dilalui dalam usaha membangunkan negara.

''Perjalanan ini menuntut kesefahaman dan keterbukaan dalam pemikiran. Perjalanan yang akan menguji ketabahan dan kesungguhan.

''Kalau dalam perjalanan ini kita terbawa-bawa dengan perasaan dan sentimen yang tak melihat dari sudut perspektif yang lebih luas, sudah tentu perjalanan itu akan menghadapi banyak risikonya," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Media yang dihoskan Utusan Melayu (M) Berhad di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, pengurus beberapa syarikat media, ketua-ketua editor termasuk dari akhbar Cina, wartawan kanan dan penulis-penulis blog.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah akhbar, Utusan Malaysia terkenal dengan perjuangannya tersendiri yang menjadi ciri-cirinya iaitu menyuarakan hati nurani rakyat terutama orang Melayu.

''Bagi penentuan hak itu semestinya disusuli dan diikuti dengan tanggungjawab. Dalam kita mempertahankan hak kita mesti juga membincangkan soal tanggungjawab.

''Sehubungan itu, saya berharap kita tidak melihat dari segi menyuarakan hak orang-orang Melayu sahaja tetapi bagi orang Melayu dan kaum-kaum lain," kata beliau.

Tambah Najib, dalam soal hak ini, kerajaan amat jelas dan sebab itu apabila memperkenalkan gagasan 1Malaysia antara intipatinya adalah berpaksi kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Katanya, gagasan 1Malaysia tidak lari seinci pun daripada asas, prinsip, semangat dan roh Perlembagaan serta Rukun Negara.

''Di samping itu saya juga mengutarakan prinsip yang merangkumi tanggungjawab. Tanggungjawab kita adalah untuk menentukan proses membina negara dilengkapi dengan menghayati gagasan 1Malaysia iaitu kita perlu berlaku adil kepada semua kaum.

''Berlaku adil kepada semua kaum bukan satu pilihan. Ia adalah perintah Allah. Lihat surah al-Maidah ayat kelapan. Jalan panduan kepada kita. Berlaku adil adalah bersifat Islamik. Dan dengan berlaku adil, sifat universal Islam lebih terserlah," jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia mempunyai banyak sebab untuk berasa bersyukur kerana dapat merayakan Aidilfitri dalam keadaan aman, selesa serta dalam limpahan nikmat.

''Alhamdulillah kita semakin menghampiri kejayaan menunaikan tanggungjawab ibadat puasa. Puasa adalah latihan atau tarbiyah yang membentuk kekuatan dalaman kepada umat Islam.

''Di zaman Rasulullah umat Islam dapat banyak kejayaan di bulan Ramadan. Meskipun dalam kelaparan dan dahaga, tetapi umat Islam boleh mencapai kejayaan kalaulah kita menguatkan jiwa, pemikiran kita dan ketakwaan terhadap Allah," jelasnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...