Skip to main content

Cadangan orang lupa diri - Perkasa

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan perwakilan MIC yang mencadangkan supaya gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad diletakkan kalungan selipar sebagai orang yang lupa diri.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan cadangan itu berkata, individu berkenaan juga layak dikategorikan sebagai 'sampah masyarakat' kerana tidak boleh menerima kritikan orang lain.

Sikap biadab dan angkuh perwakilan itu, katanya, adalah salah satu bukti bahawa golongan minoriti semakin berani bersuara sehingga sanggup menghina seorang negarawan yang amat berjasa kepada negara.

"Apa salahnya Dr. Mahathir menegur? Beliau sendiri satu ketika dahulu dikecam hebat, dilabelkan sebagai 'Mahafiraun' tapi tiada siapapun yang memberikan tindak balas dengan kurang ajar.

"Sepatutnya orang yang buat cadangan itu yang disangkutkan kalungan selipar pada tengkoknya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan seorang perwakilan MIC yang mahu meletakkan kalungan selipar pada gambar Dr. Mahathir berikutan rasa tidak puas hati mereka dengan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa telah mencampuri urusan MIC.

Cadangan itu dilontarkan sewaktu sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Pengerusi Majlis Tertinggi Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju pula mempertikaikan sikap Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu yang hanya mendiamkan diri apabila perwakilan berkenaan membuat cadangan biadab itu.

Katanya, semua pihak termasuk ahli MIC perlu sedar bahawa Dr. Mahathir disanjungi segenap lapisan masyarakat manakala Samy pula semakin dijauhi kaum sendiri.

"Tahukah mereka apa yang dicakapkan kepada seorang negarawan yang banyak jasa kepada negara ini dan juga MIC.

"Samy Vellu boleh mengarahkan orang-orangnya agar tidak berbuat demikian, tapi dia mendiamkan diri. Saya bukan orang politik tapi hendak sedarkan mereka supaya tidak menguji kesabaran orang Melayu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Rais Zainuddin berkata, cadangan itu bukannya satu kritikan sebaliknya satu penghinaan yang amat dahsyat.

Sehubungan itu katanya, perwakilan tersebut wajar, memohon maaf kepada Dr. Mahathir dan keengganan berbuat demikian akan menjadi satu liabiliti kepada MIC.

"Kalau mahu mengkritik Dr. Mahathir kerana tidak bersetuju dengannya, saya rasa itu tidak mengapa malah ia alu-alukan kerana dengan cara itu pendirian mereka dapat difahami.

"Tapi kalau nak memberi kalungan selipar, itu sudah menghina, melampau dan kurang ajar," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...