Skip to main content

'DAP, PKR usah campur tangan dalaman Pas' - Dewan Pemuda

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my

Dewan Pemuda anggap gesaan letak jawatan melampau

SHAH ALAM: Dewan Pemuda Pas Selangor menasihatkan wakil rakyat dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencampuri urusan dalaman parti itu dengan mendesak Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipecat sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Zaidy Ahmad Mutalib, berkata wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tidak sepatutnya bertindak melangkaui sempadan apabila membuat desakan itu kerana pelantikan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri adalah hak parti itu.

"Kita minta mereka ini tidak mencampuri urusan dalam Pas. Desakan mereka ini (pecat Hasan) sudah melangkaui sempadan dan tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Ahmad Zaidi berkata, biarpun ada perbezaan dalam parti itu sendiri mengenai tindakan Hasan mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertangggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) secara terbuka, Pemuda Pas Selangor tetap menyokong Hasan dan berpegang kepada keputusan mesyuarat pada Ahad lalu.

Beliau berkata, Pemuda Pas tetap menyokong Hasan kerana sebagai Exco negeri, beliau berhak membuat kritikan terhadap Selcat untuk kebaikan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, dakwaan wujud dua puak dalam Pas Selangor berikutan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengkritik Hasan hanyalah pandangan negatif media dan Umno.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata isu yang dibangkitkan mengenai Selcat telah selesai secara muafakat menerusi pertemuan, malam kelmarin.

Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri dalam satu kenyataan berkata, pertemuan tertutup hampir dua jam itu telah berjaya mewujudkan persefahaman dengan semua pihak mengenai peranan Selcat.

"Sebagai langkah membaiki pentadbiran, pandangan semua pihak diterima secara terbuka atas kapasiti dan kuasa masing-masing," katanya.

Abdul Khalid berkata, mesyuarat itu menerima cadangan tertentu untuk memperbaiki Selcat tetapi perlu perbincangan lanjut kerana Selcat ditubuhkan di bawah Dewan Negeri Selangor (DNS). - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...