Skip to main content

Bersama pertahan kedaulatan bumi bertuah

KITA sudah merdeka 52 tahun tetapi kemerdekaan itu tidak bermakna dan membawa banyak erti jika kita gagal memahami dan menghayati 'roh kemerdekaan' secara mendalam. Kemerdekaan juga tidak bermakna jika perpaduan bangsa masih longgar, kesantunan adat dan budaya semakin parah, dan teras utama yang menjadi prinsip negara semakin jauh daripada amalan kehidupan kita.

Malaysia yang gagah berdiri selama 52 tahun itu perlu dipacu lagi ke arah kecemerlangan seperti dihasratkan Perdana Menteri kita. Aspirasi Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu diteruskan melalui penambahbaikan meskipun objektifnya belum mencapai kejayaan sepenuhnya.

Dengan kata lain aspirasi DEB seharusnya jangan dibiarkan berkubur, meskipun sesetengah pihak lantang mempertikai dan mempersoalkan kepentingan serta kejayaan DEB selama ini. Percayalah kelompok itu hanya tahu mengkritik demi menjayakan agenda politik sempit mereka.

Sebagai rakyat merdeka yang sentiasa meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi, kita perlu bersama berganding bahu dengan kepemimpinan negara menyumbang idea dan tenaga dalam meningkatkan keupayaan negara ke arah yang lebih cemerlang sama ada dari sudut politik, ekonomi dan sosial.

Kita percaya kerajaan di bawah teraju Datuk Seri Najib Razak melalui gagasan '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Dan Pencapaian Diutamakan' mampu melahirkan rakyat berjiwa merdeka, kerajaan yang adil dan amanah, akhirnya gagasan ini akan mewujudkan bangsa Malaysia yang seimbang dari sudut pembangunan fizikal dan kerohaniannya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia dalam keasyikan kita merayakan hari kemenangan ini, kita sesekali jangan lupa akan cabaran dan pahit getir yang pernah mewarnai negara kita. Peristiwa 13 Mei 1969, yang pernah memalitkan sejarah hitam negara, perlu dijadikan pengajaran dan sempadan dalam kita membina negara bangsa.

Oleh sebab itu, kita pada hari ini, terutama generasi muda pewaris kepemimpinan negara hendaklah sentiasa menghayati erti kemerdekaan ini supaya kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan sebenarnya.

Pada saat kepemimpinan negara bertungkus lumus mengorak langkah membina kecemerlangan negara bangsa, kita selaku rakyat jelata berharap agar setiap transformasi yang hendak dibuat perlulah mengambil kira kepentingan pembangunan yang seimbang, dengan memuliakan Islam sebagai agama rasmi, manakala kedudukan keistimewaan orang Melayu didaulatkan, institusi kesultanan Melayu dipertahankan dan kepentingan bangsa lain tidak dipinggirkan bersesuaian dengan 52 tahun negara kita merdeka.

Dalam kenikmatan mengecapi erti kemerdekaan akhir-akhir ini suasana politik sedang berkecamuk dengan pelbagai pergolakan yang jika tidak ditangani dengan bijak, boleh mendatang komplikasi buruk terhadap negara.

Begitu juga bibit perpecahan dalam masyarakat berbilang bangsa semakin melata disebabkan kerakusan dan sikap yang tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Mereka sudah tidak peka terhadap sensitiviti sesuatu kaum.

Ada juga di kalangan sesetengah kelompok tertentu pada hari ini berani mempersoalkan 'kontrak sosial'. Bukankah ikatan itu terbina bersandarkan konsep pemuafakatan yang terjalin dalam kalangan pemimpin terdahulu yang mewakili pelbagai kaum terbesar dalam negara kita.

Insaflah sesungguhnya pemimpin terdahulu mewariskan ikatan ini kepada kita untuk dihayati, dipertahan dan diamalkan dalam kehidupan. Usahlah kita sengaja menyemarakkan obor perpecahan kerana yakinlah jika sentimen ini terus ditiupkan akan tiba masanya kita akan kehilangan nikmat kemerdekaan ini.

Marilah kita dalam semangat kemerdekaan ini, menghayati setiap prinsip yang tertegak dalam perlembagaan negara dengan penuh kesedaran.

Selama 52 tahun kita sudah hidup dalam suasana aman dan damai. Kita harus mempertahankan kedaulatan bumi bertuah ini daripada sebarang gangguan, penjajahan dan pengkhianatan.

RAZALI SETAPA,
Exco Pemuda Umno,
Bahagian Pasir Mas,
Kelantan. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T