Skip to main content

Cabaran Untuk Keamanan

By administrator | Category: Rencana

perpaduan dulukini

Petikan ucapan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO ke-25, 29 – 30 Jun 1974, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Ucapan beliau menyentuh berkaitan penubuhan Barisan Nasional dan matlamatnya dengan harapan baru untuk seluruh rakyat Malaysia.

…Hari ini keadaan dan struktur politik tanah air telah berubah corak. Kita akan menghadapi pilihan raya dalam suasana baru di mana UMNO dan parti-parti seperjuangan dengan kita akan bertanding atas nama Barisan Nasional dan tidak lagi atas nama Perikatan. Ini adalah satu perubahan yang besar dan penting kerana kita semua sedar kita akan menghadapi cabaran baru hasil daripada suasana politik yang telah bertukar itu.

Bagaimanapun, ini tidaklah bermakna UMNO mampu menghadapi keadaan perubahan ini dengan sendiri atau dengan bentuk Perikatan dahulu. UMNO dan Perikatan mampu berbuat demikian untuk mempertahankan kekuasaan politik yang ada di tangan kita sekarang ini.

Tetapi, kita berjuang bukan hanya sekadar hendak berkuasa semata-mata. Kita berjuang kerana hendak benar-benar melahirkan satu rupa bangsa Malaysia yang bersatu padu, bersendikan Rukun Negara dan keperibadian kita sendiri.

Maka itu kita merasa mustahak memupuk semangat Malaysia yang kita harap akan jadi sifat semua rakyat kita pada masa hadapan. Jentera politik yang sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat ini ialah melalui Barisan Nasional. Dengan kata lain, Barisan Nasional adalah asas baru politik di Malaysia ini.

Kita sangat teliti dalam hal ini, iaitu mula-mula kita tubuhkan kerajaan campuran antara parti bumiputera/Periktan dengan SUPP di sarawak, kemudian antara Gerakan dan Periktan di Pulau Pinang, PPP dan Perikatan di Perak dan antara Perikatan dan PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan seterusnya di peringkat pusat dan, setelah diadakan beberapa rundingan, parti-parti dalam Barisan Nasional. Lahirnya Barisan Nasional ini adalah kemuncak strategi politik kita dalam tahun-tahun tujuh puluhan.

Tentu ada orang yang bertanya, apakah Barisan Nasional itu? Barisan Nasional ialah sebuah gabungan parti-parti politik atau confederation of political parties yang menerima konsep dan dasar yang diperjuangkannya.

Seperti maklum, dasar perjuangan Barisan Nasional ialah membentuk dan mengekalkan sebuah bangsa Malaysia yang kuat, bersatu padu dan harmoni, berusaha mencapai kemajuan kebendaan dan rohaniah, mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama untuk semua rakyat.
Pada masa ini, keanggotaan Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Perikatan Sarawak, Perikatan Sabah, SUPP, Gerakan Rakyat Malaysia, PPP dan PAS. Parti-parti politik yang lain boleh menjadi ahli Barisan Nasional jika dipersetujui dengan sebulat suara oleh sembilan anggota asal Barisan nasional itu.

Saya suka mengumumkan iaitu kesembilan parti dalam barisan Nasional telah bersetuju hendak menggunakan ‘neraca’ sebagai simbol Pilihan Raya Umum akan datang. Neraca ini berwarna emas dengan latar belakangnya berwarna biru. Saya percaya dengan berkat Tuhan, simbol pilihan raya Barisan Nasional ini akan mendapat sokongan penuh daripada pengundi-pengundi.

Saya juga berharap, demi untuk mencapai kemakmuran hidup keamanan negara, rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, dan rakyat bumiputera terutamanya, akan memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional dan ahli-ahli serta penyokong-penyokongnya. Mereka hendaklah mempunyai ketabahan, dan keazaman kebangsaan yang kuat untuk menentukan struktur politik dan ekonomi Malaysia di hadapan….

…Untuk menentukan parti kita dan Barisan Nasional menang dalam pilihan Raya Umum dengan cemerlangnya, maka kita haruslah sentiasa menyesuaikan diri dan dasar kita dengan hasrat rakyat dan menerima perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh aman.

Kita bersedia memberi peluang kepada generasi-generasi muda untuk menceburkan diri dalam UMNO dan saya sukacita melihat ramai orang muda yang berjuang dalam UMNO hari ini. Kepada mereka ini saya suka menasihatkan supaya mereka betul-betul memahami konsep ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’ dan mereka mestilaah patuh kepada dasar dan perjuangan parti.

Orang veteran atau ‘order lama’ dalam UMNO diharapkan menggunakan tenaga dan fikiran orang mudaa sepertilah juga mereka yang muda dan baru dalam parti mestilah mendapat bantuan dan bimbingan daripada ahli-ahli veteran supaya menelakkan pecah belah dan perselisihan faham dalam parti kita….

…Kita sedia maklum bahawa pembangunan ekonomi dan sosial dalam sesebuah negara itu bergantung kepada pimpinan politik yang efektif dalam suasana politik yang aman dan tenteram.

Pembangunan bermakna tindakan-tindakan dan perubahan-perubahan sosial dan segala tindakan dan perubahan ini sudah tentu akan membawa berbagai-bagai reaksi ke atas struktur ekonomi dan masyarakat.

Oleh kerana adanya pertalian earat antara kestabilan politik dengan pimpinan yang efektif, serta pentingnya dasar-dasar negara dilaksanaan dengan jayanya, maka perlulah kita mengatur dan menyusun strategi pelaksanaan sesuai dengan kehendak-kehendak baru itu.

Dalam erti kata ini, saya sering kali mengarahkan jentera parti kita di semua peringkat supaya menyedari hakikat politik dan kehendak-kehendak pembangunan dan keselamatan.

Pendek kata, untuk membolehkan kita terus menerus memegang teraju pimpinan politik di negara ini, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada dasar perjuangan kita dan melakukan tindakan-tindakan politik yang menjadiakan parti kita benar-benar efektif dalam menyatukan dan menggemblengkan seluruh tenaga rakyat untuk pembangunan…. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T