Skip to main content

Ibu tunggal, warga tua terharu dikunjungi Najib

KUANTAN: Warga tua dan ibu tunggal di beberapa kampung di daerah ini dan Pekan yang menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak hari ini berasa terharu dengan kesudian pemimpin nombor satu negara menziarahi mereka selain menghulurkan bantuan peribadi.

Mereka tidak menyangka Perdana Menteri sudi singgah ke rumah mereka dan bertanya khabar nasib mereka.

Zulaikha @ Dahlia Yong, 34, berkata dia sama sekali tidak menyangka rumahnya dikunjungi seorang Perdana Menteri.

"Saya berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan, sumbangan ini amat bermakna kepada saya dan keluarga menjelangnya Syawal nanti," kata ibu kepada lima anak yang baru kehilangan suaminya yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada April lalu.

Ketika ditemui pemberita, Zulaikha yang tinggal di Kampung Padang Jaya 1, dekat sini berkata sekalipun hidup susah, dia bukanlah bersikap meminta-minta, namun bantuan yang diberikan Perdana Menteri berupa sumbangan wang tunai dan makanan itu amat menyentuh perasaannya.

"Saya bekerja mengambil upah menjahit selain turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membesarkan anak-anak," katanya.

Zainab Abdullah, 55, pula berkata kunjungan Perdana Menteri ke rumahnya di Kampung Seri Damai agak mengejutkan mereka sekeluarga.

"Sumbangan dan bantuan Perdana Menteri yang diberikan ini dapat juga kami sekeluarga menyiapkan persiapan menjelang hari raya nanti," katanya yang ternyata begitu terharu menerima kunjungan Perdana Menteri.

Seorang lagi ibu tunggal Rogayah Hitam, 45, yang turut menerima sumbangan menganggap bantuan itu cukup bermakna kerana diterima daripada seorang Perdana Menteri.

Rogayah yang mempunyai tiga anak berkata, walaupun Perdana Menteri mempunyai jadual kerja yang ketat namun tanggungjawab kepada kebajikan masyarakat tetap diutamakan.

"Bantuan ini juga dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga saya lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bentan, Pekan.

Najib kemudiannya turut menyampaikan bantuan kepada mangsa kejadian ribut yang berlaku Jumaat lepas di lima buah kampung di Pekan.

Sebanyak 28 buah rumah rosak teruk di bahagian atap, bumbung dan pendawaian elektrik serta peralatan rumah di lima buah kampung iaitu di Kampung Panchor, Pulau Enjin, Pahang Tua, Pulau Jawa dan Pekan Lama.

Najib yang ditemui pemberita selepas menziarahi beberapa buah rumah warga tua yang uzur dan ibu tunggal itu berkata kaedah menziarah itu merupakan amalannya sejak sekian lama sebagai anggota Parlimen Pekan.

"Saya dapati cara ini sangat berkesan kerana saya dapat melihat keadaan itu sendiri, dan menemui penghuni rumah berkenaan yang memerlukan bantuan kerajaan mahupun bantuan Yayasan Rahah," katanya.

Perdana Menteri berkata, menerusi pendekataan itu juga beliau akan mengenal pasti bentuk bantuan yang sewajarnya diberikan kepada mereka terbabit. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T