KEPALA BATAS: Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menyelesaikan isu pemindahan kuil di negeri itu lebih awal bagi mengelak daripada berlakunya ketegangan kaum.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan negeri Selangor perlu tahu bahawa kelewatan mengambil tindakan menyelesaikan isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam, boleh menimbulkan kekecohan.
"Saya baca dalam surat khabar, kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar akan memilih satu tempat lain yang diterima baik untuk bina kuil.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu itu di Seksyen 23.
Abdullah berkata, perkara yang berlaku itu telah tersebar dan ia menggambarkan bahawa hubungan antara kaum di negara ini tidak baik serta terdapat masalah berkaitan isu agama.
Katanya, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati dan bukan dengan mengadakan demonstrasi dan tindakan menghina agama lain yang akan merumitkan lagi keadaan. - Berita Harian
Comments
Post a Comment