Skip to main content

Kerajaan PR mula dipersoal rakyat: Najib

PEKAN: Kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.

"Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.

"Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang.

"Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam.

Pada majlis itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, turut diejek dan dilemparkan kata kesat oleh lebih 200 penduduk Seksyen 23 yang menyertai sesi dialog berkenaan.

Najib berkata, apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi pelbagai masalah dan mereka gagal menangani sesuatu isu yang berlaku.

"Kewibawaan kerajaan pembangkang di negeri yang mereka kuasai sudah dipersoalkan rakyat sendiri.

"Bila mereka ada kuasa, mereka menghadapi begitu banyak masalah, sama ada masalah itu disebabkan mereka gagal menunaikan janji (pilihan raya umum lalu), (atau) masalah keputusan mereka tidak memenuhi jangkaan rakyat, atau masalah itu berbangkit kerana ketidaktepatan dan kecuaian membuat keputusan dalam sesuatu situasi," katanya.

Ditanya sama ada Kerajaan Pusat akan campurtangan atau membantu kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata Kerajaan Pusat tidak dapat membantu kerana soal tapak baru kuil terbabit adalah bidang kuasa sepenuhnya kerajaan negeri.

Ditanya mengenai calon BN untuk pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Najib berkata perkara itu masih terlalu awal.

Beliau sekali lagi turut ditanya mengenai bonus kepada penjawat awam.

"(Itu kena) tanya KSN (Ketua Setiausaha Negara)," katanya sambil ketawa.

Terdahulu, beliau melakukan ziarah ke beberapa buah rumah warga uzur dan tua di kampung Padang Jaya, Jaya Gading, Kampung Sri Damai, Kampung Bentan dan Kampung Pulau Serai, serta meninjau mangsa ribut di kampung Panchor, Pekan.

Mengulas mengenai lawatan ziarahnya itu, Najib berkata kaedah berkenaan adalah amalannya sejak sekian lama sebagai Ahli Parlimen Pekan.

"Saya dapati cara ini sangat berkesan kerana saya dapat melihat keadaan itu sendiri dan menemui penghuni rumah berkenaan yang memerlukan bantuan kerajaan mahupun Yayasan Taha," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T