Skip to main content

Kita tak mahu ikut rentak pakatan


Zambry Abdul Kadir berbual mesra dengan dua warga emas Salbiah Saidi, 63 (kiri) dan Minah Kassim, 76 (dua dari kiri) di Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Program Ihya Ramadan di Kampung Batu 15 Lekir, Sitiawan, Perak, semalam.

SITIAWAN 7 Sept. – Kerajaan negeri tidak akan mengikut rentak pembangkang yang cuba mendapatkan perhatian rakyat melalui cara menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan politik di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap yang ditunjukkan pembangkang itu hanya akan merosakkan rakyat negeri ini.

‘‘Saya tidak takut dengan apa yang mereka lakukan tetapi jangan anggap saya tidak tahu permainan mereka.

‘‘Mereka cerita kepada rakyat mengenai amalan demokrasi tetapi dalam ceramah-ceramah masih menabur fitnah dan pembohongan terhadap kerajaan negeri. Harapan mereka ialah mewujudkan suasana huru-hara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyampaian zakat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 15, Lekir.

Zambry berkata, walaupun beliau tidak ikut serta ‘bermain di gelanggang pembangkang’, dalam masa sama pembangkang perlu sedar bahawa apa sahaja yang dilakukan akan dipantau.

Menurutnya, apa yang berlaku di Selangor adalah realiti sebenar permasalahan yang dihadapi pakatan pembangkang dalam pemerintahan.

Malah kata beliau, pergolakan yang wujud itu bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi juga di Perak.

‘‘Mereka pandai meletak segala sampah-sampah ‘di bawah karpet’. Apa yang berlaku itulah realiti pendekatan pakatan pembangkang, mereka cuba mengelak rakyat daripada melihat segala masalah mereka,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R. Ganesan sedang meneliti peraturan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap pembangkang.

‘‘Mereka jangan anggap Speaker tidak akan mengambil tindakan terhadap apa yang perlu dilakukan.

‘‘Mereka ingat mereka sahaja ada ‘Speaker’ dan kita nak tengok permainan mereka sebelum bertindak,” katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T