Skip to main content

Pakatan Campuran Perak Meroyan Lagi…

By administrator | Category: Berita Utama

kerajaan perak

IPOH, 2 Sept – Nampaknya pakatan campuran yang telah kehilangan kuasa di Perak terus melakukan tindakan tidak bertanggungjawab lantaran tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang kuasa, pangkat dan kedudukan dalam kerajaan negeri.

Lihat sahaja perlakuan bekas Speaker Dewan Negeri Perak, V.Sivakumar yang masih beranggapan mempunyai kuasa malah tetap berdegil untuk meneruskan sidang DUN biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak permohonan injunksinya.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan permohonan Sivakumar untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN ditolak.

Lantaran kedegilan tersebut, ADUN pembangkang bersama-sama dengan sekitar 200 penyokong mereka telah berkumpul di Wisma DAP, berdepan dengan pejabat SUK Perak bagi meneruskan persidangan mereka sendiri.

Sehubungan itu, pihak polis sudahpun mendapat perintah mahkamah melarang siapa saja bagi menghadiri sidang DUN dan juga berada 30 meter dari perkarangan bangunan pentabiran utama kerajaan negeri Perak itu, malah pihak polis sudahpun berkawal bagi mengelakkan kekecohan dan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Namun demikian, pihak polis terpaksa bertindak tegas dengan menahan tiga ADUN dari pakatan pembangkang kerana cubaab merempuh sekatan polis untuk memasuki bangunan SUK Perak.

Difahamkan tiga ADUN yang ditahan ialah Pengerusi DAP Negeri Perak Ngeh Koo Ham, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dan ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh.

Jelas bahawa pakatan pembangkang masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku biarpun telah terbukti bahawa kuasa pentadbiran mereka di Negeri Perak tidak sampai sepenggal sebagaimana ekoran keangkuhan dan ketamakan yang dilakukan.

Sejak itu, pakatan pembangkang telah menafikan kuasa undang-undang malah titah Sultan juga turut dipertikai kerana tidak dapat menerima hakikat tersebut.

Suara individu yang yang menjadi wakil rakyat Bebas dinafikan apabila bertindak keluar dari pakatan pembangkang, titah Baginda Sultan disanggah dengan memperalat rakyat untuk berbaring di jalanan dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai moral dan tatasusila rakyat bertamadun.

Bahkan persidangan bawah pokok diangkat dengan andaian cara undang-undang rimba yang mengesahkan dengan syok sendiri sesama mereka sedangkan persidangan Dewan Rakyat sebenar dijadikan bagai pertarungan samseng kongsi gelap walhal pemangku Sultan yakni Raja Muda turut berada di tempat berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, ketidakpuasan hati mereka hinggakan mengheret krisis Negeri Perak berpanjangan apabila mantan Menteri Besarnya, Nizar membawanya ke tangga mahkamah dan kemudian, perbicaraan demi perbicaraan terpaksa dilakukan.

Namun demikian, sikap tidak puas hati pakatan campuran berterusan biarpun mamkamah telah memberikan keputusan berikutan tidak memihak kepada mereka.

Lantas, sebagai pihak yang tidak pernah bersyukur dan seringkali tak berpuas hati atas apa yang ada, maka pelbagai spekulasi ditaburkan biarpun ia sememangnya menzalimi dan memandang rendah kepada sistem perundangan dan kedaulatan Negara. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T