Skip to main content

Raja Perlis khuatir wujud kumpulan rosak perpaduan

Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my


TUANKU Syed Sirajuddin dan Tuanku Fauziah Tengku menyempurnakan pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perlis, di Kangar, semalam.

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullial, khuatir kemunculan kumpulan tertentu di negara ini, mengamalkan dasar 'pecah dan perintah' yang diberikan nafas baru, kerana ia boleh menggugat perpaduan dan ketenteraman kaum yang menjadi tonggak utama kemerdekaan negara.

Kumpulan terbabit, titah baginda walaupun kecil bilangannya tetapi berbahaya kepada negara apatah lagi dengan potensinya untuk menyebabkan luka lama berdarah kembali, terutama parut akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Justeru, baginda menyeru semua rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah sedemikian terutama dasar terbabit yang pernah digunakan penjajah untuk mengekang kemerdekaan negara suatu ketika dulu.

“Kumpulan terbabit mempunyai agenda pemikiran sempit kerana langsung tidak memikirkan kesan tindakan itu terhadap ketenteraman dan perpaduan negara yang dikecapi selama ini, sebaliknya, mereka hanya mementingkan kepentingan peribadi semata-mata.

“Mereka bukan saja aktif melaga-lagakan perpaduan antara kaum, malah turut memainkan isu sensitif dan agama, selain mempersendakan kontrak sosial, walaupun menyedari tindakan sedemikian langsung tidak membawa apa-apa faedah kepada mana-mana pihak,” titah baginda sempena perasmian sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perlis, di Dewan 2020, di sini, malam kelmarin.

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khaleel.

Pada majlis itu, baginda turut mencemar duli menghadiri majlis berbuka puasa yang dihadiri lebih 2,000 rakyat sebelum menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Baginda turut menggesa rakyat supaya mengambil tahu pengalaman negara sepanjang tempoh 52 tahun mengecapi kemerdekaan terutama beberapa peristiwa silam seperti pertempuran menentang komunis, konfrontasi dan tragedi hitam 13 Mei 1969, yang terbukti mempalit kesan negatif kepada negara.

“Sebagai rakyat, kita mesti mengambil tahu pengalaman negara. Jika tidak, kita tidak akan boleh mencari jalan untuk membaiki destinasi negara kita,” titah baginda.

Mengenai perjuangan mencapai kemerdekaan, titah baginda ia sebenarnya sudah lama diusahakan nenek moyang terdahulu, sehingga ramai di kalangan mereka terkorban, termasuk digelar pemberontak, walaupun sebenarnya merekalah wira negara.

Namun, baginda bertitah apa yang diusahakan mereka tidak berjaya kerana perjuangan menuntut kemerdekaan ketika itu hanya dilakukan satu bangsa saja, manakala yang lain tidak mengambil peduli. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T