Skip to main content

UMNO Terengganu masih kukuh

SETIU 4 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin UMNO negeri kini masih dalam kedudukan kukuh walaupun terdapat perselisihan faham dalaman.

Katanya, segala penyelesaian terhadap isu berbangkit sebenarnya dilakukan secara senyap dengan pihak-pihak atau personaliti tertentu untuk penambahbaikan.

“Keadaan sekarang amat jauh berbeza dengan dulu dan walaupun demikian saya akui memang ada perkara yang perlu ditangani lagi demi kebaikan parti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian selepas menghadiri gotong-royong bersama penduduk di Kampung Penarik di sini, awal pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyatakan kesediaan membantu menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam kepimpinan UMNO negeri.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, masalah yang berlaku sebenarnya bukan saja di negeri ini malah beberapa negeri lain.

“Negeri lain pun ada masalah dalaman dan semua dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai ketidakhadiran beberapa ahli Exco kerajaan negeri, beliau berkata, mereka mungkin mempunyai beberapa program lain di kawasan masing-masing.

Katanya, ini bukan menjadi masalah kerana yang penting sokongan semua pihak dalam menjayakan program yang diatur.

Sementara itu di Kampung Penarik dekat sini, program anak angkat anjuran UMNO memeriahkan suasana perkampungan nelayan itu.

Siapa sangka nama Kampung Penarik menarik minat Menteri Dalam Negeri itu untuk memilih kampung tersebut mengadakan aktiviti bersahur bersama-sama penduduk dalam Program Semarak Terengganu Kita.

Seramai 96 anak angkat termasuk Hishammuddin sendiri bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco kerajaan negeri telah ‘diagih-agihkan’ kepada 69 keluarga angkat di kalangan penduduk kampung berkenaan.

Keseronokan bermula apabila pembahagian keluarga angkat dilakukan di Dewan Aktiviti Kampung Penarik kerana acara itu diibaratkan seperti ibu kucing mencari anaknya.

Ini kerana kesemua anak angkat mereka tidak mengenali antara satu sama lain sehingga terpaksa memekik-mekik mencari keluarga angkat mereka dengan menggunakan nama sahaja tanpa mengenali rupa.

Lebih mengujakan apabila saat tersebut dilalui sendiri oleh Hishammuddin sebelum pulang berjalan bersama ibu angkatnya, Esah Mohd, 78, atau lebih dikenali sebagai Mak Teh.

Tepat 4.30 pagi hidangan diatur. Bukan di meja, hanya di atas lantai rumah namun juadah kampung itu membangkitkan selera Hishammuddin yang lazimnya tidak gemar bersahur.

Tergambar perasaan gembira Mak Teh sekeluarga apabila melihat Hishammuddin tersandar puas dengan juadah yang mereka sediakan sebelum meneruskan agenda bersolat Subuh berjemaah di masjid berdekatan.

Selepas itu, beliau merasmikan sebuah wakaf kayu sebagai tanda simbolik kejayaan program tersebut.

Ketika ditemui pemberita, Hishammuddin berkata, walaupun program itu pertama kali dianjurkan namun ia mendapat sambutan memberangsangkan.

Sementara itu, ibu angkat Hishammuddin, Mak Teh yang ditemui di rumahnya berkata, dia berbangga kerana dalam usianya yang sudah tua masih berkesempatan menemui menteri berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada semua kerana adakan program seperti ini yang beri peluang pemimpin dekati kehidupan sebenar masyarakat perkampungan nelayan,” katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T