Skip to main content

'Atasi segera masalah dalaman'

Oleh Azmi Md Deros, Siti Fatimah Mohamed Anwar, Adha Ghazali dan Nahar Tajri
bminggu@bharian.com.my


MUHYIDDIN bersama Ahmad Bashah berbual dengan pengantin anak Ketua Wanita Umno Kodiang, Azmil Fahri Ahmad dan Intan Safarinaz Sabian di Kodiang, semalam.
Muhyiddin gesa parti komponen selesai kemelut untuk perkukuh BN

JERLUN: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengarahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bermasalah menyelesaikan segera kemelut parti masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan BN.

Timbalan Perdana Menteri, berkata BN tidak mahu masalah dalaman parti komponen membawa kesan negatif sehingga menjejaskan sokongan rakyat.

Beliau berkata, langkah segera itu penting supaya BN dilihat serius melaksanakan tugas demi kepentingan rakyat, sekali gus mengembalikan sokongan pada peringkat akar umbi.

"Kita sedar mengenai perkara ini dan sudah beritahu MCA serta parti komponen lain supaya segera menyelesaikan masalah mereka kerana kita tidak mahu ia membawa kesan negatif kepada BN dan menjejaskan sokongan rakyat.

"Mereka mesti ambil langkah segera dan soal parti dibereskan. 

"Walaupun begitu perkara ini tidak menjejaskan urusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jika isu parti selesai lebih mudah kita mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat," katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat Peringkat Negeri di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, menteri Kabinet serta kira-kira 20,000 penduduk pelbagai kaum.

Muhyiddin berkata demikian mengulas beberapa parti komponen BN, termasuk MCA dan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang belum menyelesaikan pergolakan mereka.
Terdahulu, pada paginya, Muhyiddin mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Umno Kedah serta BN Parlimen Jerlun.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat kerana mereka dapat menilai tembelang pemimpin Pakatan Rakyat yang suka bertelagah sesama sendiri, daripada bekerja keras membangunkan negara.

"Krisis kepemimpinan Pakatan Rakyat seperti dialami di Pulau Pinang dan Selangor jelas menunjukkan tembelang sebenar apa perjuangan mereka.

"Apa yang berlaku dalam kepemimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, misalnya membangkitkan kemarahan rakyat kerana janji berlaku adil dan telus tidak dilaksanakan.

"Di Kedah pula isu air yang berlarutan tidak diselesaikan, manakala di Selangor dengan ketidakupayaan Menteri Besarnya mentadbir negeri," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, program Juara Rakyat yang diperkenalkan Perdana Menteri adalah bagi membuktikan kepada rakyat bahawa BN adalah parti yang bekerja untuk mereka.

Katanya, ia bukan hanya menumpukan kepada penyelesaian masalah orang Melayu, tetapi membabitkan program turun padang untuk menyelesaikan masalah semua kaum. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T