Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, February 7, 2010

SANTAI

MOHD. Shafie Apdal (dua dari kanan) cuba menggoreng burger sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Ahmad Maslan, Razali Ibrahim dan Khairy Jamaluddin di Simpang Empat Kerpan, Alor Setar, kelmarin. – MINGGUAN/HALIM KHALID

DALAM kesibukan pelancaran Program UMNO Pilihanku sempena Kempen Penambahan Ahli dan Daftar Pemilih Pergerakan Pemuda UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut
meluangkan masa melawat gerai dan ruang pameran program berkenaan kelmarin.

Malah, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga turut mencuba untuk
menggoreng burger dalam lawatan yang turut disertai oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin; Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Ahli Parlimen
Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...