JERLUN 6 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat kini boleh menilai tembelang pakatan pembangkang termasuk sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sering menyalahkan UMNO berhubung krisis di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Guan Eng harus mengakui masalah tersebut bukan disebabkan permainan politik UMNO tetapi dibangkitkan pemimpin pakatan pembangkang sendiri termasuk Ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri itu.
"UMNO menganggap tuduhan ini amat berat, kalau UMNO yang menganggap Guan Eng kuku besi atau chauvinis, orang akan kata kepada UMNO, tetapi dakwaan ini datang daripada anggota pakatan pembangkang sendiri.
"Ini termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang lain kerana tidak puas hati layanan Guan Eng. Parti dia saja dilayan, parti lain dalam pakatan pembangkang tidak dilayan," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Juara Rakyat peringkat negeri anjuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang di sini hari ini.
Kedah merupakan negeri pertama dipilih menganjurkan Program Juara Rakyat peringkat negeri bermula semalam dan berjaya menarik kunjungan lebih 50,000 orang sebagai usaha UMNO serta BN mendekatkan diri lebih rapat dengan anggota masyarakat.
Sementara itu, kata Muhyiddin, orang Melayu di Pulau Pinang perlu bangkit menyatakan kemarahan terhadap Guan Eng yang jelas tidak mengotakan janji pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
"Janji mereka berlaku adil dan telus tidak dikotakan dan ini juga berlaku di Kedah yang penduduknya berdepan dengan masalah air begitu berat manakala di Selangor berlaku krisis kepimpinan," kata beliau. - Utusan

Comments
Post a Comment