Skip to main content

Rakyat kesal sikap MB Selangor


SHUKOR Idrus (baju putih kiri) bersama Penyokong Perhimpunan Melayu Negeri Selangor berarak dari masjid negeri ke bangunan SUK, Shah Alam untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Menteri Besar Selangor, semalam.


SHAH ALAM 12 Feb. - Rakyat Selangor terus melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan isu cukai tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah.

Selain laporan polis yang dibuat sendiri oleh YBK, terbaru 1,000 orang hari ini melancarkan demonstrasi secara aman di luar pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah isu tersebut.

Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Melayu Negeri Selangor itu disertai ahli-ahli UMNO negeri serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang berarak dari Masjid Negeri ke bangunan SUK selepas solat Jumaat.

Perkasa diketuai oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor manakala UMNO diketuai oleh Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus.

Kumpulan itu turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid berhubung isu itu yang diterima oleh Setiausaha Politik beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Demonstrasi itu berlangsung secara aman kira-kira 30 minit dengan dikawal rapi oleh sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Antara isi kandungan memorandum itu mendesak kerajaan negeri menerima semula bayaran cukai tanah sebanyak RM1.28 juta bagi kawasan seluas 89.4 hektar yang dibuat pada Ogos tahun lalu.

Ini kerana kerajaan negeri telah memulangkan bayaran cukai itu bersama cukai tanah tertunggak sebanyak RM5.7 juta yang sebelum ini telah dijelaskan dengan bantuan Yayasan Melaka.

Abdul Shukur ketika ditemui berkata, Menteri Besar sepatutnya tidak memulangkan bayaran cukai tanah YBK dengan niat untuk merampas tanah itu yang dicadangkan untuk pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).

''Kita kesal dengan sifat berdendam Menteri Besar setelah permohonan kerajaan negeri supaya beliau dilantik sebagai Pengerusi YBK ditolak oleh yayasan tersebut.

''Tindakan Menteri Besar dalam membuat keputusan politik yang mengetepikan hak-hak orang Melayu di daerah Hulu Selangor khususnya dan Selangor amnya perlu ditolak sekeras-kerasnya," ujarnya.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini memberi alasan, kerajaan Selangor menolak bayaran yang dijelaskan oleh Yayasan Melaka kerana cukai tanah perlu dijelaskan oleh pemilik tanah itu sendiri.

Berikutan itu, tanah yang diberikan kerajaan negeri semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu kini diambil semula oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang.

Sementara itu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang turut hadir dalam demonstrasi itu menegaskan, tindakan-tindakan Menteri Besar itu sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kerajaan negeri bersikap zalim dalam menangani isu rakyat terutama melibatkan masa depan anak-anak yatim di bawah kelolaan YBK.

Beliau berharap gerakan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terus mendesak kerajaan negeri supaya memulangkan semula tanah tersebut kepada YBK. - Utusan

Comments

  1. Aku pun nak mohon tanah buat IPT, err..mana mana kerajaan negeri leh bagi ke?.. yang tak payah bayar cukai punya? Niat aku murni ni , nanti aku guna NGO apply ya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T